26 April, 2010

Apa yang saya kami buat semalam

Sarapan pagi dengan Banana Pancake with Chocolate Sauce *ngado letak nama omputeh padahal lempeng pisang ajo*


SEBELUM... lihatlah rumput ku yang segar bugar itu.  Cuba teka dah berapa lama rumput itu tidak di trim?


Lihat... cendawan pun saya tanam ada.  Kalau tak de sayur dah dalam peti sejuk, petik aje kat kebun saya ni. 


SELEPAS...  gigih tu potong rumput.  Walaupun bentuk muka bumi akhirnya menjadi tidak sekata, biaq pi la.  Manual tau, pakai gunting rumput tu bukan pakai mesin.  Owh, sila abaikan dinding yang berlumut itu kerana rundingan siapa-yang-patut-cat-dinding-ini dengan jiran sebelah masih menemui jalan buntu.


 Menjamu selera dengan Nasi Ayam dan Chilli-buttered Chicken yang diadaptasikan daripada resepi TTM yang beliau cilok dari KNV.  Saya telah menambah madu pada resepi asal tersebut.

Tiada desert untuk minum petang sebab kami 4 beranak telah sepakat berenang kuak lentang berjemaah.  Untuk makan malam pula tak koser saya nak amek gambar sebab lauknya sempoi banget.  Ikan siakap goreng dengan asam pedas pari bukan saya masak malam semalamnya yang tak habis .  

Sekian sahaja laporan dari saya.

p/s : Dengan ini saya mengumumkan memotong rumput adalah lebih hazab dari memotong kain.  Sakit-sakit badanku weh..  Nasib baik DH sudi urutkan cakar harimau sendi-sendi yang rasa nak tercabut itu.  Tapi kan, acara memotong rumput ni mungkin juga boleh dijadikan senaman menguruskan lengan. ;p

2 comments:

m-i-o said...

auww! bab pancake tu bleh sama pulak dgn menu kitorang di pagi ahad. tp aku takde la choc sauce tu. pakat2 cicah dgn sardin aje. kahkahkah!

anyway, cantik pulak rupa lempeng ko. lempeng aku adalah stick-to-my-supposed-to-be-nonstick-pan. 3 lempeng pertama adalah terjejas sebab melekat. aku salahkan pan yg sepatutnya nonstick. sudahnya aku pakai kuali telinga.

me_czar said...

Kalau aku buat lempeng tepung tu harus gak ku cicah sardin. Ini sebab letak pisang, sos coklat la konon lawannya.

Itu 3 yang akhir sebenarnya. Yang awal2 lagi ok rupanya. Tapi tak dapat nak amek gambar sebab semuanya tak menyempat nak ngap. Nasib pan aku tu tak melekat walaupun dah calar balar hasil goresan dengan sudu oleh maidku.

Related Posts with Thumbnails