20 April, 2010

Cantik

Cerita ni sangat lawak bagi saya tapi apsal saya lupa nak cerita?

Saya dapat bibik baru tu kan masa saya tengah cuti panjang. Jadi untuk 5 hari pertama dia kerja, saya ada kat rumah.

Malam sebelum saya mula kerja, saya slow talk dengan Muqry. Cuak jugak kalau esok dia meraung ak hengat punya. Saya explain kat Muqry yang bibik baru ni akan jaga dia dan Nuryn kat rumah sementara Ibu ngan Abah gi kerja.

Abang tak nak bibik yang baru. Abang nak bibik yang balik kampung.

Tak boleh, bibik tu dah tak jaga abang dengan adik. Dia nak balik kampung jumpa anak dia. Kesian dia dah lama tak balik. Kampung dia jauh. Kenapa Muqry tak nak bibik yang baru ni?

Bibik baru ni tak cantik.

Apa benar yang ku dengar ini anakku? Amboi, sungguh kamu pandai memilih ya. Tahu ke tidak cantik tu apa?  Kecik-kecik sudah mau tengok perempuan cantik ya.

Hmm.. ibu Muqry ni cantik tak?

Cantik.

Nasib baik… yihaaa.

3 comments:

m-i-o said...

errr muqry nk yg cantik tapi masak kicap hari2 ke, atau

yang tak cantik tapi pandai masak paprik?

kahkahkah!

jawab muqry, jawab :P

Scorpio Girl said...

yang, dia tahu kalau dia salah jawab, siap!:P

me_czar said...

m-i-o :
Semalam ku tanya lagi Muqry suka bibik yang mana. Dia jawab suka bibik yang baru sebab masak macam-macam. Ha, baru tahu..

SG :
Oh tidak.. aku rasa anak aku tu bersikap jujur. Ekekeke

Related Posts with Thumbnails