16 April, 2010

Cerita bibik baru

Saya sangat kagum *exaggerating* dengan bibik baru saya nih. Semalam dia masakkan ayam paprik untuk anak-anak saya kat rumah.

Kenapa saya teruja melebih-lebih pulak ya? Bibik saya yang dulu kebiasaannya hanya akan masak ayam/ikan goreng dengan sup kentang. Bila terkantoi, esoknya barulah masak lemak atau kicap atau campur sos tiram. Suatu masa dulu Nuryn dan kentang umpama Winnie the Pooh dengan madu lebahnya *belasah*, tapi sekarang tak koser dah. Mungkin hari-hari disumbat kentang ke temboloknya, jemulah dia. Untuk 2,3 bulan lepas, ayam pun dia tak mau makan tau. Jadi saya syak, memang itu je la lauk yang disantap anak-anak saya setiap hari. Baru-baru ni dia dah mula makan ayam semula sebab bibik yang ini rajin masak pelbagai lauk. Ada beberapa kali saya tumpang merasa. Boleh tahan, macam pernah keje tukang masak kat kedai tomyam aje mutu masakannya *lagi sekali exaggerating*.

Selalunya saya cuba masakkan satu meal untuk anak sama ada untuk sarapan atau makan tengahari. Tapi kalau tak daya, bibik kena tolong sediakan. Melihat pada prestasi bibik ni, tak de lah saya susah hati sangat memikirkan apa yang anak saya makan kat rumah.

Jangan tak tahu, bibik lama pernah bagi anak saya makan nasi putih berlaukkan ikan bilis goreng dengan telur rebus dan kentang goreng. Tak de kuah. Nada. Yillek. Kering kontang gitu. Konon nasi lemak la tu.  Hampeh.  Ikan bilis pun dah lemau. Terkantoi sebab Hubby balik cepat dan nampak. Tak patutkah saya bertukar menjadi monster ketika itu? *eh, apsal rasa macam dah cerita? Hahaha, layankan aje*.

Baiklah, sekian update pasal bibik kali ini. Terima kasih.

1 comment:

Lynn said...

ni sudah bagus...baru muqry & nuryn selera mkn...

Related Posts with Thumbnails