14 April, 2010

Kekal bersama sampai Syurga

Rasa rugi pula kalau tak dikongsi dan disampaikan. Sememangnya ini bukan tulisan saya, saya petik sebahagian saja.

“Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari yang menjadi isterinya di syurga akan berkata kepadanya: Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (Riwayat Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra).
Itulah pesanan untuk isteri yang tak beriman dan bertaqwa juga tak taat pada suaminya di dunia.  Terasa macam dirobek pula dada kan?

Sebenarnya ganjaran di Syurga bagi lelaki dan perempuan adalah sama. Bezanya cuma disediakan bidadari untuk jadi pendamping Syurga kepada lelaki-lelaki yang beriman dan bertaqwa.

Di antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud :

“Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Mereka (bidadari) seumpama yaqut dan marjan.” (Surah Ar-Rahman ayat 56 – 58)
Tapi Allah juga menyebut yang seorang isteri yang solehah kepada seorang suami, akan kekal menjadi ratunya di syurga di samping bidadari.

Jadi, mahu bersama dengan suami tercinta sampai syurga?  Jom kita sambung baca tulisan asal di sini.  Mudah-mudahan kita diberikan hidayah dan petunjuk-Nya untuk menjadi isteri yang beriman dan bertaqwa juga.

No comments:

Related Posts with Thumbnails