15 April, 2010

Pengalaman hampir dirompak

Kejadian berlaku ketika saya dan Mr. Boss nak pergi meeting kat pejabat Konsultan. Kami park kereta betul-betul tepi longkang dan bahagian tempat duduk saya yang bersebelahan longkang. Besar gak longkang tu, dalam 1.5 meter lebar x 2 meter dalam. Depan kereta kami, ada sebiji kereta Dutsun lama.

Masa parking tu saya rasa kami macam ada langgar sesuatu. Lepas parking, Mr. Boss terus jalan ke belakang menuju ke pejabat Konsultan. Yang saya pulak pergi ke depan kereta nak tangok apa kami langgar. Dengan cuainya, saya tinggalkan handbag atas bumbung kereta. Saya fikir selamatlah sebab kat sebelah longkang sana tak kan oran boleh senang-senang ambil. Lagipun saya tak nampak ada sesiapa kat situ.

Lepas belek sana, belek sini tengok kereta, saya nak ambil la handbag saya semula. Punyalah terkejut tengok bag dah tak de. Lepas tu saya nampak ada orang tengah selongkar bag saya tu di sebalik kereta Dutsun tu. Saya terus meluru kat orang tu, cuba rampas balik handbag saya sambil menjerit panggil Mr. Boss yang dah berjalan ke depan. Dalam bergelut tu risau gak sebab tepi takut jatuh kat longkang. Longkang tu pulak bukan ada penghadang.

Saya tarik sekuat tenaga handbag saya dan saya tolak orang tu. Saya berjaya rampas balik handbag saya. Tak sangka pulak tolakkan saya menyebabkan orang tu hilang imbangan dan dia jatuh dalam longkang besar tu. Saya memang cuak bila tengok dia macam terkujur kat situ. Orang tu memang nampak macam sakit sungguh. Mr. Boss pun sampai kat tempat kejadian dan suruh saya check handbag tengok orang tu sempat ambil apa-apa tak. Alhamdulillah semua ada.

Saya tanya Mr. Boss, takkan nak biarkan je orang tu dalam longkang. Kesian pulak tengok dia sakit macam tu walaupun dia dah cuba curi handbag saya tadi. Mr. Boss kata biarkan jer. Nanti adalah orang yang tolong tu.

Dalam keadaan saya yang terkejut, cuak dan kesian kami tinggalkan orang tu dalam longkang dan menuju ke pejabat Konsultan. Saya nampak dia cuba bangun tapi tak tahulah apa jadi lepas tu.

Semuanya berlaku begitu pantas, begitu real.

Tapi akhirnya saya mengangkat tangan bersyukur pada Allah, sebab semuanya… hanya mainan tidur.

p/s : Betul… macam real tau. Sampai boleh terjaga dari tidur. Bila sedar, rasa berdebar tu masih ada.

p/p/s : Tak marah kan?

8 comments:

Lynn said...

mula2 tu suspend....syukur xde ape2...cehhhh mimpi rupanye

TopsyTurvy Mum said...

salam kenal :)

macam real jerr.. pernah gak mimpi sampai2 tersedar pun berdebar2..badan rasa panas berpeluh2..

mama amana said...

kurang asam betul

m-i-o said...

ceisss jebat! aku marah ni! :P

dah le aku kompius gile - punye berani minah ni siap nak rampas balik handbag! huhuhu.

sokong mama amana - kurang asam betul :P

Zety Zin said...

sabo je la. haha.

saya pun pernah mimpi kena rompak. bukan hampir dirompak tau. saya siap suruh dia amik duit saya dan pulangkan wallet saya, sebab ic, kad nikah semuanya dalam tu. malas nak buat2 report, boleh?

me_czar said...

Kak Lynn :
Memang suspense tau. Masa tengok orang tu macam dah k.o je dalam longkang lagi cuak. Nasib baik mimpi jer. Ekekeke.

TTM :
Salam. Lagi satu, kalau mimpi kena kerja atau pun mengejar orang, penat kan? Rasa macam sungguh-sungguh berlari.

Ada lagi yang tak boleh blah, bila mimpi buang air kat toilet. Lepas tu sendiri mau ingat ar. Hahaah.

p/s : Bun sadin apa cerita nih? Sungguhlah penantian tu satu penyiksaan

Mama Amana :
Asam apa nak tambah? Asam jawa, asam keping? ;p

M-I-O :
Tak baik marah di hari yang penuh barakah nih. Aku bukan tipu per? Betul pengalaman cuma bukan terjadi di alam nyata jer.

Eh, ko jangan under estimate aku tau. Ko pikir aku tak berani nak lawan? Setakat dalam mimpi tembak pun aku boleh buat tau. Kikiki.

Nasib aku tak betul2 menolak orang sebelah. Kalau tak, mau ada yang jatuh katil kot.

Tapi aku memang pernah ada pengalaman kena ragut sampai tergolek atas jalan masa tahun 2003 tau.

Zety :
Mimpi ni memang buleh jadi mengarut la. Kadang2 orang yang tak de kena mengena sangat dengan kita pun boleh enter frame dalam mimpi kita. Apakah?

DNNA said...

- Sungguh Tipah tertipu -

kah kah kah kah kah ...

;p

me_czar said...

DNNA :
Ku tak bermaksud membuatmu tertipu Tipah, sekadar ingin berkongsi pengalaman hampir dirompak di alam bawah sedar ku

Related Posts with Thumbnails