23 April, 2010

Registered Name

Registered Name dan budak asrama memang tak dapat dipisahkan. Setahu saya , semua sekolah sure ada nama gelaran punyalah. Tapi mungkin tak sehebat kes Registered Name seperti kat TIKL tahun 80an dulu. Saya pun tak berapa ingat kisahnya, tapi melibatkan adegan belasah membelasah sebelum dapat nama yang ala-ala taiko gitu. Sampai jadi kes polislah.

Ramai yang tahu termasuk M-I-O, saya pun memang ada Registered Name ni, tapi sebelum saya kat TIKL lagi. Saya dikenali juga sebagai Demi Moore. Bukan nak riak, tapi saya ni memang ada iras-iras pelakon Hollywood tu sikit kalau pandang 2 kali. Kalau sekarang ni nak tengok camne rupa Demi Moore bertudung, tengok aje saya.

Kahkahkah.. ok, saya mengarut disitu. Berangan jap jadi cantik macam tu apa salahnya kan? Sebenarnya bukan saya. Nak cerita pasal kawan-kawan yang ada nama gelaran ni. Tapi tidaklah dikategorikan sebagai Registered Name, mau kena buang sekolah kalau sebut-sebut pasal tu. Case sensitive.

Ketua kelas kami masa tingkatan 4, Ez.wan namanya. Tapi, awal-awal tahun saja kami panggil dia dengan nama yang tertera dalam Kad Pengenalan dia tu kerana, di suatu petang yang hening, rasmilah nama gelarannya Olie yang masih kami panggil sehingga kini, walaupun selepas 14 tahun. Begini ceritanya asal nama Olie….

Ketika kami budak-budak asrama ni ramai-ramai buat rombongan Cik Kiah rumah cikgu Ro.hani yang tak berapa sihat, berjumpalah kami dengan sekor kura-kura yang cikgu bela kat rumah dia. Yuz.man, sorang kawan kelas kami yang memang kelakar, kalau dah namanya suka buat lawak, kura-kura yang tak berdosa tu pun boleh jadi bahan lawak. Disamakannya kura-kura tu dengan Ez.wan yang ketika itu berkepala botak. Kura-kura itulah tuan punya asal nama Olie, maka sejak pada tu lekatlah nama tu pada Ez.wan.

Yang kedua, Ah.mad Syah.ril. Ha.. dia ni kalau korang tengok masa zaman muda remajanya dulu, dengan cara cakap, bentuk badan kurus kering tu sebijik sebijon macam Na.sir Bi.lal Khan. Memang tak pernah panggil dia Ah.mad Syah.ril, melekat nama Na.sir sampai sekarang. Jangankan kata kami kawan-kawan sekelas, cikgu pun ada yang tersasul panggil dia Na.sir.

Hehehe.. tetiba teringat pulak, masa umur saya 8, 9 tahun gitu Acik saya memang suka menyakat panggil saya Za.mi. Sebabnya, terbalikkan suku kata nama saya. Tension tau. Lagi-lagi kalau keluar cerita Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Watak Za.mi dalam tu kan macam bodoh-bodoh alang dengan selalu pakai baju butang tak selari tu. Ingat tak cerita tu? Nasib baik nama gelaran tu tak kekal sampai sekarang dan Acik saya je yang selalu panggil gitu.

Kongsilah apa nama gelaran korang pulak. Kalau yang memang betul-betul ada Registered Name, lagi seronok. Boleh gak share procedure nak dapatkan nama tu dari Senior.

Till then.

p/s : Tapikan, sebenarnya tak baik panggil orang dengan gelaran-gelaran. Lagi-lagi kalau bunyi tak senonoh macam Mat Kuntum, Ciciwawa, Pakia, Botak dan sebagainya.

8 comments:

Zety Zin said...

haha. bila sebut registered name ni, teringat hubby punya cerita. macam-macam nama ek.

kat sekolah saya dulu siap ada yang dipanggil buaya, kucing, burung, bozo. ada yang melekat sampai skrg nama-nama tu. nak panggil nama asal tergeliat lidah rasanya. hehe.

TopsyTurvyMum said...

hahaha..

aku pun ada gak..tapi sekejap jer pasal aku tak bape layan sgt..

yg lekat sampai skang ketua kelas aku sampai skang ni dah jadi lecturer syariah pun, kat fb still kita panggil dia cit-cit( haiwan apakah berbunyi cit-cit?) hehehe..dia tak kisah pun..dia kata kalau we all panggil nama dia betul, dia rasa macho cam Jalaluddin hassan.

eh ZZ, kitaorg pun ada BOzo gak laa hahaha!

Zety Zin said...

TTM,

hahaha ye ke? adakah kerana dia suka sengih seperti clown yang bernama bozo itu?

Lynn said...

tu lom lg gelaran yg makteh bg, kolyn, koza & kory....yg kekal sampai skarang kory...(cian khairy)

Scorpio Girl said...

dulu kat sekolah, org panggil aku PI.NO....short form untuk PI.NOC.CHI.O **referring to my nose**..tension je..dahlah masa tu baru pindah sekolah kan?hangen satu badan..but then, last2 nama tu tak lekat pun koz nama asal lebih glamer.ha ha ha..

RN utk one of our btachmate lagi dahsyat..NO.BI.TA KENG.KANG..ha ha ha..sebab dia gelap, pakai glasses, perasan bagus dan tinggi sangat..owh yes, and dia jalan kengkang yang sungguh obvious!
**ye aku kejam!**

me_czar said...

ZZ :
TIKL memang ada macam2 nama. Ada lagi sorang lupa nak cerita. Elok2 nama I.da, senior bagi nick name Ci.pot. Lekat pulak tu. Apsal saya tak tau pun ada clown nama Bozo? Hehe

TTM :
O.. kat sini hang tak bagitau pun nickname TB tu ya..
Masa sekolah rendah dulu bebudak lelaki memang suka betul bagi gelaran tu kan.

KL :
Klyn & Koza tak ingat. Tapi Kory tu memang.

SG :
Sampai sekarang ke lekat nama Nobita Kengkang tu? Macam my DH, kengkawan dia kat u dulu panggil dia BOTAK sebab masa Minggu Haluan Siswa, dia botakkan kepala. Sampai la ni walupun berambut tetap dipanggil botak. Tak suka tau!

lia said...

lia ada gak r.n ni kat TIKL lu.. yg pelik, cmner ntah depa boleh pilih pompuan masuk group tu ;p

me_czar said...

Lia :
Apa namanya? Apa? *kepochi mode*

Related Posts with Thumbnails