27 April, 2010

Segala puji bagi Dia

M-I-O membawa saya ke sini semalam.

SUBHANALLAH.

Saya terpempan.

Kagum... bukan hanya pada anak kecil yang masih suci dan sangat terang hatinya.  Tapi lebih kepada Ibu yang gigih mendidik anak kerana Rabbnya.

Terasa sangat kerdil.  Juga rasa bimbang gagal menunaikan hak anak-anak dalam mendidik dan membentuk mereka menjadi insan bertaqwa.

Sudah ditunjukkan jalan.  Semoga dimantapkan iman dan dipermudahkan. 
  

3 comments:

CikWa said...

salam meczar
lama kami tak singgah sini

kami dah lama tau blog tu

memang kagum kan
memang rasa kerdil sangat dgn mereka

huhuhu

tapi insyaALLAH kita pun mampu jadi macam dia

nak atau taknak je yang membezakan

macam saya ni malas ya rabbi
huhuhu
kalau rajin insyaALLAH boleh :)

jangan stres pulak ya :)

TopsyTurvyMum said...

Alhamdulillah..masih belum terlambat :)

mari kita sama2 usaha ke arah itu..
mak pun gigih jugak nak suruh diorg hafal surah..

mak nak share video anak mak yg 9 tahun hafal makna al-fatihah..

http://topsyturvymum.blogspot.com/2010/03/he-is-9-years-old-today.html

biar lambat jgn terlepas terus kan :)

me_czar said...

CW :
Yelah.. lama tak nampak kat sini. Sudi juga singgah ya. ;)

Saya pun ada masanya sampai juga ke blog Salwa. Cuma nak tinggal komen memang tak terbuat. Itu memang kelemahan saya.

Tapi setiap update memang tak miss sebab subsribe kat google reader.

Betul.. antara nak dengan tak nak. Kalau betul nak, tak de alasan lagi kan? Macam saya ni, masa tu yang sering kali disalahkan.

TTM:
Memang sentap baca blog tu semalam. Dahla sepanjang minggu ni bos dah bagi amanat kerja sampai kol 9pm sebab ada dua tender closing Isnin depan.

Tension bila fikirkan hal kerja ni. Itu pun amanah dan tanggung jawab. Bukan kejar duit sangat, tapi tak kan nak pentingkan diri sendiri balik on time dan biar orang lain susah payah lak. Dilema tau.

Saya setuju pasal terjemahan tu. Memang perlu kita tahu apa ayat-ayat Allah yang kita baca. Mungkin tak dapat nak hafal semua tapi at least surah2 yang kita baca dalam solat, dan bacaan2 lainnya kita tahu maknanya.

IMHO, sebagai orang yang tak pandai berbahasa Arab, tak patut kita pandang ringan terjemahan Al-Quran sedangkan itulah manual hidup kita. Kalau kita cuma pandai mengaji berlagu-lagu tapi tak faham sepatah pun apa yang kita baca, sampai ke apa yang Allah cuba sampaikan?

Saya pun sedang bermula semula.

Mujur Muqry baru nak masuk 4 tahun, harap tak terlambat nak bentuk dia.

Related Posts with Thumbnails