19 April, 2010

Sesekali ku rasa teringin...

Semalam saya buat orange choc twirl cake. Teringin jugak nak tepek kat blog. Manalah tau TTM sampai menuntut ilmu kat saya pulak kan dek kesedapan gambar kek saya tu *kelass mak*.

Beberapa minggu lepas saya juga berjaya buat 2 helai blouse dan skirt untuk anak dara saya. Kalau saya letak kat blog mahu menangis Maya tengok. Tapi niat suci murni saya terhalang atas sebab-sebab berikut:

  • Saya belum beli DSLR lagi. Kamera Canon saya tu tak boleh diharapla. Tak cantik sungguh hasilnya. Atau pun kek dan blouse itu yang tak fotogenik hinggakan gambanya semuanya huduh belaka.
  • Saya belum dapat model baru sebab anak dara saya tidak sudi nak menjadi model bagi memperagakan hasil jahitan ibunya yang kecewa.
  • Saya tak jumpa tripod untuk digunakan semasa mengambil gambar bagi mengatasi masalah kegigilan tangan.
  • Saya sebenarnya tak mahu menunjuk-nunjuk hasil kerja tangan saya *kadabushhh!!! bagi sekali*.


p/s : di atas hanya alasan bagi orang malas belum sampai seru untuk update blog.

4 comments:

TopsyTurvyMum said...

Nyahh..mak pun kepingin DSLR..dlm proses melobi TTD nak seketoi..skang ni mak belasah je ngan apa yg ader hehe..
tunjuk aaa hasil jahitan tu..jgn bagi mak kempunan Nyahhh..

me_czar said...

Aduhai, akan ku usahakan menepek hasil jahitan yang tak seberapa ittew.
Masalahnya, asal amek gambar je tak menarik. Tak de skill ar.
*baru nak mengaku*
Tapi u tak dak DSLR pun gambar2 sume tetap menawan. Apakah rahsianya?

Maya said...

hahahaha! adoiiihhh...
cemana saya buleh tak perasan entry ni?

sorry the morry yer.. sangat2 sorry.. tak maksud nak buat awak terasa pun.. hadoi laa... lagi pun tu scheduled entry (hahaha.. pecah rahsia lagi 1)

tapi tunjuk jer lah gambar tu... nak tengok jugak.. :D

me_czar said...

Alahai Puan Maya, tak payah minta maaf bagai. Seriously no hurt feeling la.
Kalau pun Maya buat entry tu sebagai menjawab entry saya ni, sangatlah bagus. Tak kecik hati pun.
Saya memang tak retilah ambil gambar cantik2 ni *tu yang sengaja salahkan kamera. Haha*. Kalau candid tak pe. Tapi kalau nak amek gambar nak tunjuk kat orang ni, memang fail. Hehehe

Related Posts with Thumbnails