01 April, 2010

Stay at home mom... with maid

Esok saya akan memulakan kerja selepas menghabiskan 8 hari kat rumah dengan mengambil 6 hari cuti sejak Khamis minggu lepas.

Kerisauan saya untuk menjadi 7 to 8-FTWM-with-2-kids yang maid-less tak berasas langsung sebabnya SIL saya dah pun carikan maid baru sebelum saya hantar maid lama balik.  Tak sempat nak cerita, dok melayan tuan puteri yang kena chicken pox nih dan juga anak teruna yang tak kurang banyak karenahnya.  *Ni pun tengah rebut laptop ngan saya.*

27 Mac hari tu, kami hantar maid sebelum ni balik.   Hari yang sama, saya amek lak maid sekarang dari umah SIL.  Tumpangkan sementara kat dia sebab sengaja kami tak mahu temukan 2 maid nih.  Maklumlah maid yang lama tu kan selalu kena tegur dengan saya dan Hubby sebab manjang buat kerja tak senonoh.  Takut dia bercerita nanti terhasut pulak maid baru ni tak mahu kerja dengan kami.

Setakat 5 hari ni, jauh lebih baik kalau nak dibandingkan dengan maid no. 2 hari tu (yang baru dihantar balik).  Dia memang ada pengalaman jadi pembantu rumah.  Jadi kebanyakan kerja yang dia buat, saya puas hati.  Anak-anak pun dah mula nak dengan dia.  Tapi sebab saya ada kat rumah ni, masih lagi semua pun anak-anak nak saya buat.  Harapnya esok tak ada masalah.

Entah bila saya perlu bergantung dengan maid ni ya?  Mungkin bila anak-anak dah sekolah dan boleh uruskan diri sendiri, tak perlu maid lagi kot?  Kita tunggu....

4 comments:

mama amana said...

bestnye dapat maid baru? so bayar berapa pulak kali ne? ke cuma bayar monthly?

baik kak oya carikan maid..
kalau tidak parah jugak ko

me_czar said...

Dia kan SAHM, banyaklah contact nih. Tu pun orang yang cari dia, bagitau ada in.don nak kerja.

Maid kali ni buat kerja ok sangat2 berbanding yang lama.

Tapi masih ada lah yang tak ikut selera kita. Standard la masih baru. Kalau dah 2,3 bulan tak ubah jugak, maknanya ada sindrom macam maid lama kot.

Yang penting budak-budak ok. Dia pandaila gak layan budak.

Scorpio Girl said...

terus terang kata, kdg2 kan jeles betul dgn org yg dpt maid yang tahan lama2..my GP sendiri, maid dia dah dgn dia almost 10yrs...aku??habis je insurans setahun, cnfm angkat kaki..Inche' S.O kata akunya standard utkmaid ni tinggi sgt!ha ha ha ha...

me_czar said...

Babe, aku pun 3 tahun 3 maid pakai. Mampu bertahan setahun je. Macam-macam hal. Harapnya yang ni boleh kerja lama. Perilaku pun elok, dahla anak-anak banyak jumpa dia dari aku.

Related Posts with Thumbnails