27 May, 2010

"Anak saya (2 tahun) sihat walaupun merokok 40 batang sehari"

Tak boleh nak tulis tajuk pendek-pendek.  Kena tulis panjang gitu baru pembaca semua kagum *muntah darah*.

Gila betul bapak budak ni.  Serius, anak dia baru umur 2 tahun. 

Alahai, bapak.. bapak.. ko nak mati cepat seorang ko sukalah, kenapa nak ajak anak tu sama-sama?  Supaya boleh teman sekali dalam kubur ker? *sorry, geram tahap melampau*

Tengok, betapa ceteknya ilmu akan akhirnya merosakkan hidup. 



'I'm not worried about his health, he looks healthy,' shrugged the boy's father Mohammad Rizal.
Luaran memanglah, cuba kalau boleh nampak anggota yang dalam. Mau dah rosak paru-paru dia semua. Orang tua lagikan boleh dapat kanser paru-paru, budak sekecik itu apatah lagi.

'He cries and throws tantrums when we don't let him smoke. He's addicted.'
Dahtu, sape yang sumbat rokok dalam mulut dia sejak dia umur setahun setengah??? Mau tak ketagih! Budak besar itu manalah tahu apa yang boleh apa tak boleh. Kamu sebagai bapak la yang *&^(&^.

Jumpa cerita sedih ni kat sini.  Tak lalu nak copy & paste semuanya, sakit dada. 

3 comments:

Zety Zin said...

aduyai!!! kecik lagi budaknya!!!! sedangkan kalau budak sekolah rendah hisap rokok pun kita rasa sakit hati je, lagikan pulak ni baru 2 tahun!!!!! gila ke hape bapak dia nih???

Scorpio Girl said...

masa sekarang nih okaylah..nanti bila anak tu dah sakit, dah itu dah ini..mula lah menyesal..pelik aku..benda yang tak senonoh nihlah yang dok disodok kat anak2..bukanlah nak kata kita nih bagus nah jadi mak bapak, tapi agak2 lah!

me_czar said...

ZZ & SG :
Geram kan? Bila tak ada pendidikan, benda bahaya camtu pun tak boleh nampak. Kesian kat budak tu. Bapak sendiri yang rosakkan hidup dia.

Diaorang ni lupa, anak tu amanah Allah. *Kalau tengok nama macam Muslim, tapi tak taula kan kat sana*. Jaga anak bukan setakat bagi cukup makan sampai montel gitu.

Ibu bapa ni lah contoh terdekat pada anak-anak. Bapak dia ni, bukan setakat tunjuk contoh, malah dia sendiri pulak yang sogok anak dengan rokok.

Related Posts with Thumbnails