18 May, 2010

Bukan senang nak berhenti

Entry ni ada kaitan dengan entry bercerai susu semalam.

Sebelum tidur ok, tak de apa-apa masalah.

Masalah hanya muncul selepas tidur. Malam tadi, pukul 2+ pagi Nuryn terjaga. Mulalah merengek pegang sana pegang sini. Saya cuak jugak, jangan sampai kena ambil asam jawa kat dapur macam pagi sebelum tu.

Saya ingatkan dia yang dia dah tak boleh bf. Keluarlah cerita Amana anak Mama Ila yang minum air masak kalau terjaga malam, Iman; kawan kat Playgroup yang tak bf lagi. Merengek ajelah dia. Lepas tu mulalah itu gatal, ini gatal. Suruh letak bedak sana, letak bedak sini. Jangan tak tahu, saya siap kena nyanyi lagi Circle ngan lagu Rectangle yang dia belajar kat Playgroup. Nasib memang hafal. Tapi part lagu Square saya tak tahu langsung. Nasib dia tak meraung pulak.

20, 30 minit pertama, saya boleh tahan lagi. Lepas-lepas tu rasa nak terpejam je mata. Dia siap cakap kat saya, “Ibu tengoklah adik”. Mesti sebab dia perasan mata saya dah terpejam.

Kemuncaknya, dia kata kepala gatal, suruh letak bedak kat kepala. Aduhai… macam-macam. Bila termarah sikit kat dia, dah menangis pulak. Pujuk-pujuk, takutkan dengan lipas (hahaha… dah tak de modal nak suruh dia sambung tidur), terus tutup lampu tidur. Sebelum tu dia mengamuk tak bagi tutup lampu. Bila dah gelap, tak lama lepas tu, dia pun terus tidur sampai ke pagi.

Ada sejam juga rasanya dia berjaga sebab lama sangat rasanya, lupa pulak nak tengok jam. Macam ada terperasan 2.45 tapi masa tu tengah sesi memujuk lagi.

Janganlah malam ni jadi lagi. Kesudahannya saya yang mengantuk pepagi.

3 comments:

TopsyTurvyMum said...

hehe..dia takut lipas ke?

my kids takut darah..so, masa yg 2nd nak ceraikan susu tu, malam2 dia terasa nak, i kata kalau nenen nanti berdarah..

sekejap je macam tu..nanti ok ler...semua org boleh tido nyenyak sampai u beranak lagi:)

Scorpio Girl said...

alhamdulillah, masa nak bercerai susu diorg tak byk rewel..mebbe koz dah biasakan dengan minuman lain selain nenen je kan..wah, dahsyat juga ek anak dara itu nak putus susu..takperlah yang, tabahkan hati kuatkan semangat...:D

me_czar said...

TTM :
Muqry & Nuryn memang takut lipas. Turun daripada ibu diaorang. Hahahaha.

Ohh.. memang teringin sangat nak merasa tidur nyenyak sepanjang malam. Dah dekat 4 tahun tak melalui saat itu sejak lahirkan Muqry tau. Hahaha

SG :
Nuryn tu bukan tak ajar minum lain i.e nutrigen, soya, susu kotak, juice, air masak.. etc. Tapi memang itu jugak yang dia cari kalau nak tidur malam.

Malam tadi masih bangun lagi. Apa lagi modal dia kalau bukan gatal sana sini. Tapi tak lama, maybe dalam 15 minit.

Related Posts with Thumbnails