17 May, 2010

Dan hari itu pun tiba...

Saya pernah ceritakan perancangan tentang hari itu sebelum ni.

Semalamlah harinya.  Setelah berperang dengan diri sendiri berjaya juga saya putuskan susu Nuryn, di usianya 2 tahun 8+ bulan.

Caranya, saya letakkan asam jawa. Siang tu ok lagi, dia boleh terima tak dapat bf macam selalu. Saya pujuk dia gak cakap lepas ni tak boleh bf lagi sebab dia dah besar, etc. Dia pun ok je, mintak susu coklat nak minum dalam botol.

Malam yang haru sikit. Memang waktu dia, pukul 3.50 pagi camtu dia terjaga. Apalagi, nak bf macam biasa, tapi agaknya teringat yang tak boleh nak bf lagi. Tu yang dia tanya, ada darah (asam jawa) lagi ke? Pujuk-pujuk, pukul 4.30 pagi baru dia tidur balik. Itupun lepas turun bawah minum susu kotak DL dan makan keropok sekeping.

Paling tak tahan bila tengok muka sayu dia. Apalah perasaan dia agaknya selepas hampir 3 tahun mengempeng, tetiba dah tak boleh lagi. Tapi tak apalah, dah cukup tempoh pun. Lambat laun. kena putuskan juga... Nak ajar dia berdikari tidur malam sendiri pulak (maksudnya tak lah mengempeng dulu baru boleh tidur).  Harap-harap malam nanti tak adalah episod nangis-jerit-ngamuk macam awal pagi tadi.   

4 comments:

melin melinda said...

salam...

kita pun nak putus susu utk Nadra tapi tulah rasa tak sampai hati..skang umur dia pun dah 2 thn 1 bln...hmmmm.....kita dah tak sabar sebenarnya...tgk lah dlm sebulan dua ni...

TopsyTurvyMum said...

i putuskan susu akmal(2nd son) umur 3 tahun setengah..payah jugak..yg kecik ni skang cam makin melekat pulak..ingatkan nak susukan sampai 2 tahun jer..

nak ikut teknik u la pakai asam jawa:)

suret said...

hai myza..skang ni pon aku dah sakit2 pinggang bila dok ngiring...tak sabar nak tunggu dia 2thn..fuhhh..cabaran tol..

tapi ko still maintain bagi DL jer lah yer...sehari baper kali ek?..tru botol or cup?...just nak get ready nanti

me_czar said...

Linda :
Memang rasa tak sampai hati. Asyik bertangguh je. Tapi tu la, suatu hari nanti kena putuskan jugak kan.
Kebetulan Sabtu sebelum tu baru sembang dengan sorang mummy yang guka teknik tu, itu yang cuba.

TTM :
Sila cuba, jangan tak cuba.
Ada cerita kelakar, masa mula2 apply asam jawa tu, anak yang sulung yang over gitu. Dia jerit2 tak bagi tunjuk B. Siap nak muntah semua.
Nuryn rilex je. Redha la konon.

Suret :
Hai! :)

Cabaran menyusukan budak dah besar
1) Banyak songeh. Nak kena ikut kehendak dia. Kalau tak kena cara baring pun, boleh jadi drama
2) Kalau bf malam tu, tak tahulah berapa lama. Sampai naik melecet je rasanya. Lepas tu tangan tak reti diam. Kiranya dua belah 'occupied' la. Itu yang paling tak tahan.

Itu antara sebab dapat keraskan hati berhentikan bf.
Lepas cukup 2 tahun hari tu, Nuryn minum susu soya (guna botol). Try bagi formula milk, tapi tak jalan.
Then rasa macam tak nak dia bergantung pada soya sbb tak elok utk jangka masa panjang, bagi susu kotak DL lak. Dua beradik ni dok minum ni la hari2. Ikut suka diaorang berapa banyak. Tapi memang sentiasa ada kat umah. Kalau beli yang 1L tu, minum pakai cawan lah.
Tapi 2,3 hari sekali ada gak Nuryn minum soya tu kalau teringin nak botol.
Sejak hari Ahad tu bila tak boleh bf, Nuryn mintak formula milk yang perisa coklat pulak nak minum dalam botol.
Kiranya Nuryn masih guna botol susu cuma Muqry yang dah lama berhenti.

Related Posts with Thumbnails