25 May, 2010

Kenapa saya pilih cloth diaper (CD)?

Saya adalah pengguna tegar CD. Eh bukan saya, apa citer saya nak pakai CD pulak dah tua-tua bangka ni kan? Ok, saya betulkan statement. Saya adalah pembeli tegar CD untuk kegunaan anak-anak saya. Pernah cerita sikit pasal CD ni dulu.  Saya terjebak dengan CD ni sejak Nuryn 10 bulan hasil dari pembacaan kat forum SusuIbu. Muqry merasalah sekejap dengan CD ni sebelum dia potty trained.

Masa tu memang banyak pelaburan nak membeli CD yang harga puratanya RM60.00 – RM90.00 sekeping. Tapi sebab nak “go green” punya pasal, beli gak sikit-sikit sampai cukup untuk 2 cycle. Bila orang tanya kenapa saya pilih pakaikan anak dengan CD, jawapan standard mestilah sebab nak jimat. Tapi kan… sebenarnya, sebab geram dengan warna-warna CD yang colourful macam pensil warna Luna tu. Belum lagi kalau tengok printed CD. Lagi meleleh air liur.

Tak caya? Cuba tengok ni.. geram tak geram.




Tapi memang betul, kalau ada 2, 3 anak, memang jimat beli CD ni. Katalah saya dulu melabur RM1,000.00 untuk beli CD semua tu, kalau ada anak ke3 nanti dah jimat RM1,200.00 untuk beli dispo diaper jer. *kalau tak ada, lain citer. Hahahaha*. Itu pun saya kira sebungkus dispo diaper yang berharga RM40.00 untuk pakai sebulan selama 30 bulan. Lebih kurang kot sebab saya pun tak tahu dah berapa harga dispo diaper sekarang.

Tapi sekarang kos nak beli CD ni dah tak semahal dulu. Sebab dah banyak CD yang dijual bawah harga RM40.00. Tak sampai RM30.00 pun ada. Kalau beli pakej, boleh dapat jauh lebih murah.*ok, tetiba rasa keciwa sebab masa zaman saya dulu mana nak dapat CD murah macam ni!!!*

Silalah cuci mata kat Little Mummy Daddy. Bukan kedai saya, tapi sebab saya suka, saya share kat sini. Lagipun, apa salahnya tolong kawan kan.  Kalau nak beli nanti sebut nama saya ya, entah-entah boleh dapat discount *ok, itu saya yang pandai-pandai tambah. Hehehe*

1 comment:

littlemummydaddy said...

sukerrrrrrrrrr

sayang ko

oo..disebabkan ko tambah ayat kat bawah tue ...
kita boleh bagi giftla kalau beli banyak haha

Related Posts with Thumbnails