13 May, 2010

Mereka perlukan bantuan

Saya terima emel ni sekejap tadi.  Saya post kat sinilah, mudah-mudahan ramai yang terbaca dan sudi membantu.

TABUNG PEMBELIAN BAS UNTUK RUMAH-RUMAH AMAL DI BAWAH NAUNGAN YAYASAN KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN KESIHATAN MALAYSIA (YKPPM)

Assalamu'alaikum, wrt.wbt.

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH, RSK & RPR ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di rumah-rumah amal dibawah naungan kami (Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Kesihatan Malaysia - YKPPM)

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah untuk mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sediaada (WY 7778 – keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kini semakin uzur dan tenat.

Untuk tujuan itu pihak kami membuka peluang kepada tuan/puan untuk menyumbang khusus kepada Tabung ini melalui beberapa cara :

           POSKAN CEK ATAU MONEY ORDER KE ALAMAT BERIKUT:

           Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Kesihatan Malaysia (YKPPM)
           1-1, JalanDesa 9/6, Bandar Country Homes, 48000, Rawang, Selangor DE.
           Tel/ Fax: 03-6733 1759.

           Sila tulis di mana-mana bahagian belakang sampul surat dengan perkataan Tabung Pembelian Bas

  • Sekiranya tuan/puan tiada kesempatan untuk mengirim melalui pos cek atau wang pos berkenaan, tuan/puan masih boleh bank-in kan sumbangan tersebut ke akaun RUMAH KASIH HARMONI:
          MAYBANK: 5121- 8313- 4032
          CIMB BANK: 1435-0004917-05-8

Jumlah kutipan ke Tabung Pembelian Bas untuk RKH ini akan disiarkan perkembangannya di link: http://www.rumahamal.org/bas.htm.

Untuk tujuan itu tuan/puan yang telah menyumbang kepada tabung ini, diharap dapat mengemukakan butiran-butiran berikut agar link ini dapat dikemaskini dari masa ke semasa:

NAMA: Samada nama syarikat, persendirian, gelaran dsb.
RUJUKAN: No. Cek & Bank Pembayar, No. Siri Wang Pos, No.Rujukan online banking atau cash deposit.
JUMLAH SUMBANGAN: Sila nyatakan jumlah yang telah disumbangkan.

Sekiranya sumbangan tuan tidak tersenarai di dalam jadual di laman web tersebut, sila maklumkan kepada :

Puan Fauziah atau email teruske: info@ ykppm.org.my dengan butir-butir yang dinyatakan di atas.


PERHATIAN:

  • Tarikh akhir untuk Tabung Pembelian Bas ditetapkan pada 15 Disember 2010, Selepas tarikh tersebut pihak kami akan menilai dan membuat keputusan berdasarkan jumlah kutipan yang terkumpul bagi tujuan pembelian bas ini.

          Keutamaan yang akan diberikan kepada tabung pembelian bas ialah:

          a) Membeli sebuah bas baru 40 penumpang yang benilai kurang lebih RM.160,000.00.
          b) Membeli sebuah bas terpakai 40 penumpang yang bernilai kurang lebih RM60,000.00
          c) Membeli sebuah van terpakai 15 penumpang yang bernilai kurang lebih RM 40,000.00
  • Pembelian bas akan dibuat atas nama Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM).
  • Pihak kami tidak akan menggunakan tabungan ini untuk keperluan tanggungan bil-bil utiliti, sewaan bangunan dan keperluan harian rumah-rumah amal yang dimaksudkan. Tetapi sekiranya berlaku tunggakkan bil dan sewaan yang boleh meyukarkan perjalanan asrama RKH, RSK & RPR pihak kami akan mengambil sekadar keperluan bagi meyelesaikan maslaah tersebut.

          Maklumat berhubung dengan bil-bil utiliti dan sewaan bangunan bagi RKH boleh diperoleh daripada:
 
          Unit Kewangan YKPPM, Puan Fauziah bt. Che Hashim. No. Hp: 013-2575244

TAMBAHAN:

Sumbangan selain untuk Tabung Pembelian Bas ini masih diterima.
Sumbangan untuk keperluan dapur boleh terus di Bank-in kesalah satu akaun yang dinyatakan di atas.
Sumbangan untuk menjelaskan bil-bil utiliti dan sewaan bangunan sila berurusan terus dengan Puan Fauziah bt. Che Hashim.

Sekian, semoga yang membantu akan dibantu, wassalam.

Yang berusaha,
ROHANA BINTI HJ. ALI
Penasihat Rumah Kasih Harmoni

ALAMAT & ALAMAT PERHUBUNGAN RUMAH-RUMAH AMAL DIBAWAH NAUNGAN YKPPM:

(A) RUMAH KASIH HARMONI - RKH
      No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.
      LAMAN WEB: http://www.rkh.ykppm.org.my/
      PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt . Yaakob:
      HP: 019-3133430 / 013-9559985

(B) RUMAH SIRAMAN KASIH – RSK
      No. 2, Jalan Desa 12/2, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.
      No.20 , Jalan 7/22, Fasa 2, Puncak Alam, 42300, Shah Alam, Selangor D.E.
      LAMAN WEB: www.rumahamal.my/rsk.htm
      PENGURUS: Cikgu Hajar bt. Ismail
      HP : 013-2073132 / 019-7781050

(C) RUMAH AMAL PERMATA ROHANI
      No 43, Jalan DM 3/2, Taman Desa Mas, 48000,
      Rawang, Selangor Darul Ehsan
      LAMAN WEB: www.rumahamal.org/rapr.htm
      PENGURUS: Ustazah Shamsiah
      HP : 014-2266577 / 013-3133430

No comments:

Related Posts with Thumbnails