05 May, 2010

Potong kuku

Memang betul-betul potong ya, dengan pisau.. seperti yang diceritakan Muqry.

Bibik saya dah mula menunjukkan sisi sebenar (?). Habis kesemua lima jari kiri Muqry luka sebab kuku dipotong terlalu pendek sampai ke daging.

Mula-mula saya ingat anak tu cuma berimaginasi bila ditanya kenapa jarinya nampak seperti berdarah.

“Bibik potong kuku Muqry, sampai berdarah ni kuku Muqry”.

Saya yang ketika itu berada jauh dari Muqry macam tak percaya dengan apa yang dia cerita. Mungkin juga anak saya ni bermain dengan crayon dan sebagainya sampai merah kuku dibuatnya.

Bibik pun menafikan.

Bila saya tengok sendiri dari jarak dekat, memang sungguh-sungguh luka. Memang pendek sangat kuku yang bibik potong. Rasa bersalah sebab tak percaya cakap anak sendiri. Saya panggil bibik, tunjuk dia sendiri. Dia siap boleh tanya, iya ke?

Saya memang cakap terus, lepas ni tak payah potong kuku Muqry, biar saya yang potong *2 bibik sebelum ni memang saya tak benarkan diaorang potong kuku anak-anak saya, cuma kali ni Hubby yang beri arahan sebab lately Muqry selalu sangat bercekau dengan adiknya sampai calar balar. Memang ada ketikanya saya lupa nak potong kuku anak-anak yang cepat panjang tu. Bad me :-(*.

Sebelum tidur saya tanya Muqry dengan apa bibik potong kuku dia. Dengan pisau Muqry cakap. Saya tanya lagi, suruh dia cakap betul-betul, Muqry tetap jawab pisau. Kalau tengok kuku dia, memang herot berot dipotong. Kalau pakai ketip kuku, tentu elok je hasilnya.

Pagi ini saya tanya bibik dengan apa dia potong kuku Muqry. Jawapan dia tentulah ketip kuku. Saya bagitau apa yang Muqry cakap. Tapi dia menafikan. Hanya Allah yang tahu kebenarannya.

Kasihan anak saya. I wish I can kick her out of my house, but too sad.. I’m depending on her. Pathetic!

5 comments:

Scorpio Girl said...

itulah dia, yang ..adamasanya how I wish that I can just be at home and take care of them 24/7..sedih rasanya bila kita percayakan/amanahkan org utk menjaga "harta" kita, org buat macam tu kan...mungkin pada diorg senang je-->"harta" itu bukan milik mereka...

m-i-o said...

aku rasa bibik tak reti pakai ketip kuku kot?

macam arwah nenek aku dulu - memang dia potong kuku pakai pisau. tp cantik, sebab dah expert kan.

tp nak selamat, takyah suh dia potongkan dah. habis cerita.

TopsyTurvyMum said...

kesian muqry..kesian lagi u..tersepit gitu..

pisau apa la dia guna potong kuku muqry tu ye..masa i kecik2 my mum potong kuku we all ngan pisau cukur gillete..tapi dia terer ..cantik jerr..i pun tak pernah rasa seram:)

me_czar said...

SG :
Kan, kan.. rasa nak dok umah je biar kita yang jaga 24/7 *how I envy you TTM*

m-i-o & ttm :
Kalau cantik, senonoh tak apa. Pakailah pisau apa pun. Ini masyaAllah, esok aku letak gamabr kalau dapat.

Pendek sangat pulak tu. Bayangkan kat semua jari, daging dia kat kuku tu berdarah (bleh imagine?). Sebab tersiat agaknya masa nak cabut kuku tu.

Muqry cakap dia menangis tapi bibik potong je sampai habis.

Aku pun nak nangis tengok kuku anak aku camtu.

Memang tak bagi dah bibik potong. Aku rasa Muqry pun serik dah. Muqry tu liat sikit nak potong kuku time sedar. Biasa tunggu tidur baru bleh buat kerja. Lepas ni bolehlah aku guna ayat ni

"nak ibu potong kuku ke nak bibik potong sampai darah?" *keji ;p*

BABY said...

sampai ati dia potong jugak walau mukry nangis

tuela indon2 ne mmg hnati kering!!

setakat budak nangis tak berbekas di hati diorang..diorang dah merentas lautan ..nangis tue macam lagu je kat telinga diorang

eeee..sakit ati mama ila dengar dia buat muqry macam tue..

ko tgok2 jugak nurryn..check badan budak2 tue kot lebam2 ke..

Related Posts with Thumbnails