31 May, 2010

Sudah tersurat begini nasibku

Tak sabar-sabar nak cerita tapi kena tunggu lunch break juga baru boleh mengarang.

Demi menyahut seruan kerajaan memberi cuti seminggu sekali kepada pembantu rumah, saya pun hantarla bibik ke rumah anaknya Jumaat lepas untuk dia bercuti sehingga hari Ahad (bagi 3 hari sekali gus sebab dia cuma mintak cuti sebulan sekali).

Tapi apakan daya, bibik itu dah pergi tak kembali. Ok, bukan “pergi” yang itu. Mungkin akan kembali tapi dalam masa berapa lama saya pun tak pasti.

Dia bukan lari, tapi dia tak boleh kembali bekerja ke rumah saya. Perinciannya… rahsia. Hehehe.

Saya cuma dapat tahu tengahari semalam. Padahal anak dia dah cuba nak bagitau saya sejak awal pagi Sabtu lagi.

Tapi kan ajaib gak, sebab saya boleh terima berita kali ni biasa-biasa aje. Ok, macam tipu pulak. Adalah rasa tension sikit-sikit memikirkan hal rumah tangga yang akan terbeban kat bahu saya nanti *sudah terbayang kain baju satu bakul yang baru diangkat semalam menunggu untuk dilipat sebab bibik takkan balik-balik lagi. Huwaaa...*  Tapi bab anak-anak macam tak menyesakkan jiwa raga saya sebab sekarang Hubby dah kerja dekat dan kami pun pergi kerja berasingan, bukan macam pengalaman lalu.

Nursery memang tak masuk dalam senarai sebab ad hoc sangat benda ni jadi kan. Jadi pilihannya semalam cumalah rumah ibu saya atau SIL. Saya serahkan keputusan pada Hubby sebab dia yang akan uruskan hal hantar dan jemput anak. Hubby putuskan untuk hantar ke rumah kakaknya walaupun lebih jauh dari rumah ibu saya. Rasionalnya, ada anak-anak buah yang lain boleh melayan anak-anak saya. SIL pun pernah cakap nak jaga budak berdua tu. Kalau hantar kat ibu saya, kesian pulak ibu nak melayan Muqry yang lasak tu. Lagipun kalau ada catering kecil-kecilan tu, payah pulak nak buat kerja bila ada budak kecik.

Sejujurnya, saya lebih selesa anak-anak di rumah sendiri, dalam acuan saya sendiri. Bila saya boleh kawal apa yang anak-anak makan, apa yang anak-anak tonton, apa yang anak-anak main atau ke mana anak-anak pergi. Tapi bila berdepan dengan situasi begini, saya perlu ajar diri bersangka baik, bersyukur, berserah dan bertawakkal. *Banyak songeh sangat, patutnya berterima kasih ada yang sudi hulur tangan nak jaga anak dengan kasih sayang dan bukannya kerana wang. Inilah jahatnya Syaitan yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia *

Selama beberapa bulan ni sehingga dapat bibik lain atau bibik yang lama balik, macam ni lah aturannya. Kesimpulannya, hal anak-anak – beres. Kerja-kerja rumah – ah, horror memikirkannya.

Good luck untuk diri sendiri. Semoga dapat menjadi the Domestic Goddess yang cemerlang kali ini.

2 comments:

lia said...

kalau hal budak2 settle, mmg xpenin kepala..

Zety Zin said...

yang penting, hal anak2 dah lepas dulu. rumah tu.... er... pelan-pelan kayuh... :)

Related Posts with Thumbnails