02 June, 2010

Demi Palestin

Saya tak berpeluang nak tonton berita.  Nak baca suratkhabar pun harapkan surat khabar online je.  Itupun ala-ala speed reading.  Selain isu buang bayi yang tak sudah-sudah, isu bantuan kemanusiaan ke Gaza dan serangan Israel laknatullah ke atas konvoi Freedom Flotilla pun sedang hebat diperkatakan saban hari.  

Mula-mula saya pun tak tahu apa benda lah Freedom Flotilla ni.  Bila baca kat PalestinKini.info barulah tahu apa yang selama ini saya tak ambil tahu ketinggalan.  Ada perkembangan terbaru juga tentang konvoi Freedom Flotilla dan serangan ke atas Mavi Marmara.

Siapa Kami

Palestinkini merupakan satu projek komuniti di mana kami bertindak menterjemah berita-berita terkini dari sumber2 yang dipercayai seluruh dunia khusus untuk isu Palestin. Di tubuhkan secara rasmi pada tahun April 2004 dan masih beroperasi sehingga sekarang.

Betapa Allah duga orang-orang ini.  Bukannya pergi sana nak buat maksiat, tapi nak berjihad demi kerana Allah.  Tapi ujian itulah yang jadi kayu pengukur keimanan.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? [29:2]


Walaupun adakalanya merungut dengan aturan hidup ni tapi bila tengok penderitaan orang lain, bersyukur kita hidup dalam negara yang tak ada peperangan, tak ada tibut taufan, puting beliung, tak ada kebuluran dan kemiskinan.  Tapi bimbang bila lihat keadaan negara kita sekarang.  Keruntuhan akhlak sangat membimbangkan.  Ada disebut dalam Al Quran, bahawa Islam akan bangkit.  Tapi, macam mana kalau Allah turunkan bala macam kaum-kaum yang sesat sebelum Dia berikan kemenangan? 

Kena tanya diri sendiri, haruskan kita berdiam diri atau bangkit berbuat sesuatu? 

No comments:

Related Posts with Thumbnails