16 June, 2010

Kami rindu

Semenjak hampir 3 minggu ni, dah 2 kali Nuryn demam. Pertama kali masa awal bulan hari tu. Yang terbaru, Isnin lepas. Hubby kata, rindu bibik agaknya.

Ada betulnya kot. Sebab malam semalam, Nuryn ada tanya bila bibik nak balik. Dia jawab ya bila saya tanya nak duduk rumah dengan bibik ke? Lagipun mungkin dia pun terasa penatnya pagi-pagi nak keluar, dah nak maghrib baru balik rumah. Rumah orang walaupun rumah “mak” dan atok, mana kan sama dengan rumah sendiri.

Nuryn, bukan Nuryn je yang rindu. Baju-baju kerja ibu dan abah yang dah membukit tunggu digosok tu pun rindu kat bibik. Hehehe.

Selama tak ada bibik ni, ada gak kerja rumah yang tak terbuat. Kerja basuh, jemur, angkat dan lipat kains etakat ni masih terkawal. Biasanya lepas angkat kain saya terus dapat lipat. Tapi kain yang angkat malam tadi tunggu malam ni baru lipat. Ni pertama kalilah tak terus buat. Tak larat dah malam tadi. Cuma yang masih terhalang nak buat, gosok semua baju yang patut digosok. Itulah paling tak gemar sekali. Rasanya bila dah tak ada baju nak pakai, baru saya mula kot.

Menyapu, adalah sikit-sikit mana yang zahir. Mop rumah aje belum terbuat. Masak, baru dua kali. Sebab hari yang lain-lain tu, kalau tak tapau dari rumah SIL, dari rumah ibu saya. Anak-anak biasanya dah makan sebelum di bawa balik.

Hujung minggu sepanjang bulan 6 ni penuh dengan jemputan kahwin, itu yang tak dapat nak guna hujung minggu untuk buat mana-mana kerja rumah yang tak terbuat sepanjang Isnin – Jumaat. Hehehe.. rasanya boleh tahan lagi.. asalkan ambil pendekatan “tutup sebelah mata”. Betul tak Mr. Hubby?

No comments:

Related Posts with Thumbnails