14 June, 2010

Kemalangan maut

HULU LANGAT: Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas motosikal ditunggangi bersama rakannya merempuh belakang sebuah kereta sebelum tercampak dan digilis sebuah kereta lain yang datang dari arah bertentangan di Batu 12 1/2, Dusun Nanding, Jalan Hulu Langat, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, mangsa mati di tempat kejadian manakala rakannya parah.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, ketika dihubungi berkata mangsa yang berusia 30-an menunggang motosikal bersama rakannya berusia 25 tahun dari Batu 19 dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 14, Hulu Langat.

Menurutnya, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian terbabit oleh orang awam dan siasatan awal mendapati mangsa melanggar belakang sebuah kereta yang dipandu seorang wanita berusia 40 tahun sebelum terbabas ke seberang jalan dan dirempuh sehingga melambung beberapa meter oleh sebuah lagi kereta.

Baca selanjutnya di sini.

Orang Myanmar tu tak de la kena mengena dengan saya.  Tapi saya nampak kejadian tu.  Kami dalam perjalanan balik dari rumah mertua.

Yang saya perasan ada 3 orang terbaring.  Ada sorang makcik terbaring atas rumput kat bahu jalan.  Mungkin makcik tu pemandu kereta yang dah gilis orang Myanmar tu agaknya.  Maunya tak trauma.

Yang sorang lagi atas jalan kawannya yang cedera parah.  Sorang lagi, si mati tu lah.  Pertama kali dalam hidup nampak mayat atas jalan. Nasib dia dah tutup dengan surat khabar.  Dengan Muqry sekali tengok kat tingkap.  Mujur tak ada yang lemah semangat (which is saya atau Muqry la.  Hehehe). 

No comments:

Related Posts with Thumbnails