01 June, 2010

Mis Tres Hermanas

Saya pernah tergila-gilakan cerita ni dulu.  Cerita pasal 3 beradik perempuan dengan abang diaorang.  Yang paling menarik mestilah kisah cinta Lisa & Santiago.  Takkan dilupakan camne bencinya kat Margarita masa tu.  Semuanya berpunca dari Mama Amana ni lah.  Tengok cerita ni buat pertama kalinya masa kat rumah dia.  Lepas tu terus melekat.  Rasanya masa tu tengah menganggur lepas grad.


Sekarang kat NTV7 dah main balik cerita ni.  Tiap-tiap hari Isnin sampai Jumaat pukul 11.30 pagi.  Huh, jeles betul dengan SAHM atau WAHM.  Nak tengok jugak...!

5 comments:

TopsyTurvyMum said...

salam..

i pun suka gak citer2 latin ni dulu..tapi yg ni tak pernah tgk..pernah dengar jer sebab masa tu ntv7 tak sampai ke kg lagik..dah ada astro baru ada :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

haaaaaaaaaa
dah ada balikkkkkkk
takkan nak ponteng keja
dulu bolehla ponteng kuliah sbb citer2 ne
jelesnyeeeeeeeeeeeee

m-i-o said...

cerita2 camni mmg buatkan kita jadi penagih tv - sanggup berkejar2 sebab takut terlepas. hahahah!

yg herannya tu, walaupun tak habis2 (episod panjang gile) tp tetap setia tengok! pelik betul la penangan telenovela ni kan?

aku ada tgk jap aritu masa wesak day. tp tak sanggup tgk lama2 sebab kang bila kat ofis dok teringat2. hahaha!

IK said...

me-czar
yes sedang ada ditayang di ntv7

adik2 saya la punya melompat bila tgk ada ulang tayang balik mis3hermanas ni
sy tak tgk dah sbb dulu dah tgk
huhuhu

me_czar said...

TTM :
Salam. :)

Citer Latin, satu ni jelah yang terjebak. Masa kat UTM, member kuliah sibuk ikut citer La Usurpardora.

TV tak de kat bilik kan, sanggup dia berkampung kat cafe nak tengok citer ni punya pasal.

MAA :
Kalau cuti ke, mc ke bolehlah tengok buat mengimbau kenangan dulu.

Ececeh.

M-I-O :
Ya betul... Kalau dah ikut cerita bersiri ni hidup jadi tak tenteram. Tak sabar nak tunggu sambungan esoknya. Nak berjalan pun fikir 2,3 kali.

Kalau hari Jumaat lagi haru, kena tunggu 2 hari baru boleh dapat sambung tengok.

Sebab tu bila dah beranak pinak, aku tobat tak nak ikut cerita bersiri. Nanti aku hanyut kat tv, anak ke mana, kerja umah ke mana.

IK :
Kalau ulang tengok, walaupun dah tahu jalan cerita, mesti mengalami sindrom tak-sabar-nak-tahu-apa-cerita-seterusnya jugak.

Jadi, baik menjauhkan diri sebelum terpaku depan tv. Hahaha

Related Posts with Thumbnails