03 June, 2010

Somersault berputar

Ker berpusing eh? Lupa pulak.

MAERO ATTACK! Yeah!

Saper ingat cerita nih? Saper? Bestkan cerita ni.

Tengok cerita ni masa sekolah rendah. Siap ponteng sekolah agama sebab nak tengok. Hahahaha. Tapi banyak episod tak tengoklah sebab bukannya boleh ponteng kelas tiap-tiap hari.

Lepas tu kan, gigih belajar main bola tampar. Konon-konon nak lah buat aksi somersault berputar tu. *padahal tak sedar badan masa tu ala-ala chubby, nak melompat pun mengah*. Biar terbeliak sikit mata budak darjah 5 yang kita admire tu. Tapi hampeh, tak pandai-pandai nak pukul bola. Sudahnya main bola jaring je. Hehe.. itulah sejarahnya saya yang tak suka bersukan ni boleh wakil sekolah bola jaring. Nak jadi macam .... punya pasal *siapa nama watak utama ni ya? Chun ker?* .

Bestnya YouTube ni... semua cerita lama ada. Lepas ni tau dah citer apa nak cari. Hehehe.

3 comments:

m-i-o said...

aku tengok! aku tengok!

pastu ada somersault berkembar - bila ada sorang budak baru masuk sekolah dia, power gak main volleyball :P

memang jadi fenomena moero attack ni. secara tiba2 semua orang terhegeh2 nk join volleyball team. pastu semua terhegeh2 ikat rambut dua setengah tu macam chun. hahahah!

paling tak tahan si chun tu siap ada buku rahsia teknik menampar bola tu! adoi. apsal la kita percaya sgt cite2 macam ni. padahal org main volleyball tu tampar biasa2 jek. mana ada siap berpusing2 ke udara bagai. hahaha!

TopsyTurvyMum said...

hahaha..

mak pun ketagih ngan moero attack ni dedulu..

siap ada lagu versi melayu ..rasanya ingat lagi lagu tu..eeheheh

me_czar said...

M-I-O:
Masa tu umur baru 8, 9 tahun kot. Boleh ampun lagila kalau percaya dengan dongengan camni.

Tapi cerita tu memang best, cuma aku tak berpeluang nak tengok semua episod. Tu yang tak ingat pasal somersault berkembar tu. Hehe. Tapi buku tu aku ingat.

Psst.. Aku pun ada buku camtu, tapi untuk netball la. Lawaknya bila ingatkan. Konon rahsiala sangat. Hahahaha.

TTM :
Camne ek lagu versi bm dia? Puas cuba ingat tapi lagi ni yang keluar..

Pada suatu hari
Di tempat Nobita belajar
Datang seekor makhluk
Berwarna biru tua
Badannya bulat-bulat
Dia suka makan donut
Bla..bla..bla..

Ahaks.

Related Posts with Thumbnails