01 July, 2010

Apa nak buat kalau kereta rosak tengah jalan?

Apa nak buat? Saya bukan nak bagi tips. Saya tanya… kan ada tanda soal tu. Hehehe

Saya memang cuak kalau hal yang melibatkan kereta ni. Saya cuma tahu isi minyak dengan cek air bateri je. Isi angin pun tak tahu. Hahahaha.  Pernah nak cuba sekali, tapi akhirnya atendan stesyen minyak yang tolong isikan angin sebab nampak gelabah sangat agaknya.

Hubby outstation, jadinya pagi ni sayalah yang kena hantar anak pergi rumah parent kat serdang. Elok lepas lalu hump (bonggol ek?), dengar bunyi meletop kat sebelah kiri belakang. Saya berhentikan kereta tepi jalan sebab nak tengok kot tayar yang meletop.

*saya penah bawak kereta dengan tayar bocor dari Serdang sampai Bangi. Padahal rasa kereta lain macam, tapi boleh tu buat bodoh terus je drive. Rasanya sebab langgar penutup manhole tapi saya pun tak de berhenti untuk tengok kenapa kereta lain macam. Sampai Bangi, tengok hancur dah tayar. Sikit lagi nak kena rim. Hahaha.. sila jangan imagine. Memang sengal*

Tengok tayar ok je, cuba jalan perlahan-lahan. Memang ada something yang tak kena dengan tayar sebelah kiri. Tiap kali tayar pusing, akan keluar bunyi. Jangan tanya saya apa yang rosak. Sebab saya memang tak tahu. Hehehe.

Nasib baik masih dekat kawasan perumahan, bukan kat atas jalan besar. Saya bawak gak perlahan-lahan sebab nak gi park kereta kat kawasan kedai. Itu yang paling dekat, nak patah balik rumah, takut tak sampai pulak. Memang saya pasti ada yang tak kena. Jangan Hubby balik nanti tak de pape, sudah. Sure jadi bahan 7 keturunan.

Untungnya parent dekat, saya call ayah mintak tolong jemput kami 3 beranak. Saya tinggalkan kereta dulu kat situ. Tawakkal jangan jadi apa-apa. Ni saya gi keje pun pinjam kereta ayah. Tunggu Hubby balik nanti baru settlekan kereta. Adik ipar pun mekanik tapi segan pulak nak suruh dia tengokkan pagi tadi.

Walapun kereta rosak, syukur sebab jadi kat kawasan rumah, bukan kat KL. Kalau kena kat KL, tak tahulah apa nak buat. Lepas ni kena amek tahulah, apa nak buat atau siapa nak call kalau kereta rosak entah kat mana-mana. Nak harapkan Hubby sepanjang masa susah jugak. Kena macam hari ni, dia tak de.. kan payah nanti.


p/s : Bulan ni memang banyak pakai duit.  nak kena renew road tax 2 biji kereta & kalau teruk nak repair kereta ni, tambah lagilah belanja.  Ujian...

Update : Dah tahu apa yang jadi, absorber spring coil patah.

1 comment:

Zety Zin said...

kalo saya, 1st thing yang akan dibuat ialah call husband. kemudian sila tunggu dalam kereta sampai dia datang. wahahaha.

mak pun sengal bab2 kereta ni, nyah. tahu isi minyak, jalan. oh tapi pam angin tu boleh la jugak. sikit-sikit. hehehe.

Related Posts with Thumbnails