08 July, 2010

E-book (anda pasti jatuh cinta)

Saya suka betul dengan children e-book dari Hans Wilhelm ni.  Dah lama saya jumpa e-book ni, sebelum munculnya blog saya ni.  Hari ni godek-godek pendrive, baru bertemu semula.  Hehe.  Sebab tu nak kongsi kat sini lagipun takde modal nak update blog

Apa yang membuatkan saya jatuh cinta pandang pertama, ilustrasi dalam buku ni.  Warna-warni, ceria.. anak-anak mesti suka.  Jalan ceritanya pelbagai, ada untuk ringkas dan ada yang agak panjang.  Lagipun, benda free, rugilah kalau tak digunapakai.  Cuma yang tak bestnya, watak utama dalam beberapa buku dia ni adalah seekor anjing bernama Waldo.  Selain Waldo ni, ada jugak oink-oink.  Tapi tak ada masalah rasanya.  Sambil kita bacakan buku ni, bolehlah kita terangkan sekali kat anak kita tentang kedudukan anjing dan babi kepada orang Islam.

Cantikkan ilustrasi dia? 

 E-book ni boleh di muat turun di http://www.childrensbooksforever.com/.  Have fun mommies!

2 comments:

TopsyTurvyMum said...

skang mmg mudah je nak baca buku..takyah beli dah pun:)

character tak kisah sgt..yg penting moral dari citer tu kann?

me_czar said...

Memang senang, yang bestnya e-book, ni sebab dalam pdf form. Bolehlah kalau nak print dan jadikan hard copy.

Itulah.. kami pun memang cuba didik anak-anak suka buku.

Tapi bila pergi mall, kadang2 terlepas gak beli mainan sekali dua.

Related Posts with Thumbnails