21 July, 2010

Expose Mistik

Ini kisah yang saya bagitau semalam.

Situasi : Nuryn main lori (push car berupa lori) dekat car porch dan abah cantas pokok di halaman.

Waktu : Masih dalam waktu Maghrib, sebelum pukul 8 malam.

Nuryn : Abah, monyet tu tengok Nuryn

Abah : Mana? Abah tak Nampak pun

Nuryn : Tu, kat sana (sambil tunjuk ke arah sliding door)

Abah : Tak apa, dia tak kacau adik. Adik minta tolong Allah suruh dia pergi, cakap “a'uzubillah”

Nuryn : Dah tak de dah (sambung duduk atas lori)

Tiba-tiba Nuryn turun dari lori dengan tergesa-gesa sampai lori pun terbalik.

Nuryn : Abah, monyet datang dekat adik. Dia main lori adik

Abah : Macam mana dia main, kan lori dah terbalik tu

Nuryn : Dia pegang lori adik (masa ni macam nak menangis dah)

Abah : Nanti abah marah dia cakap jangan kacau adik (masa ni Mr. Hubby pun meremang jugak)

Lepas tu dua beranak tu masuk rumah. Lebih kurang gitulah dialognya. Walaupun dah dengar 3 kali, masih tak dapat nak ingat perbualan sebenar.

Bila saya tanya Nuryn, ‘monyet’ tu besar kecik, kecik je dia tunjuk. Masa kejadian tu saya tak ada, esok pagi bila saya suruh tunjuk kat mana’ monyet’ tu, Nuryn tunjuk tempat yang serupa, kat sliding door dan dekat depan pagar. Patutla masa saya sampai rumah, terbongkang lori tu kat situ. Sayalah yang alihkan letak elok-elok kat tempat dia semula. Entah-entah masa tu ‘monyet’ tu pun ada bertenggek lagi kat situ. Hiiii, seram.

Itulah.. lain kali jangan main kat luar waktu Maghrib ye Nuryn. Nasib baik setakat tu je, tak de pulak dia mengigau atau menangis malam tu.

1 comment:

TopsyTurvyMum said...

fuh serammm..
monyet naik lori gakk..

mak masa skolah dulu, penah nampak burung besar ayam langgar semua pintu locker dlm bilik mak pastu terbang ikut celah jaring halus2 atas tingkap..

apakah makhluk tersebut?? masa maghrib jugakkk..

Related Posts with Thumbnails