07 July, 2010

It's all about Nuryn

Belum 3 tahun lagi, tapi celotehnya… mak ai, macam budak dah besar. Dah pandai bertanya, menjawab dan memberi arahan.

Pagi tadi, boleh dia sound abahnya, “Abah, tutupla lampu tu bah” sebab abah masuk bilik tak tutup lampu luar. Lepas tu kena lagi abahnya sebab dah masuk bilik tak tutup pintu pulak.

“Pintu tu tutuplah”.

Malam tadi masa sama-sama layan Toy Story 2 kat hall, dia pegang tangan saya dan letak kat pipi dia sambil cakap

“Adik nak lama jumpa ibu”.

Saya rasa apa yang dia cuba maksudkan, dia dah lama tak jumpa saya sebab masa jemput hari Isnin dia dah tidur lepas tu saya gi kerja hari Selasa tu dia tak bangun lagi.

Masa pegi kedai buku Gramedia beberapa minggu lepas, dia berkenan kat satu buku + magnetic doodle board ni. Nak terkeluar bijik mata saya tengok, dekat RM60 harganya. Pujuk-pujuk dia beli buku lain sebab buku tu mahal sangat. Boleh dia kata apa tau…

“**E-nak… adik dah pilih dah buku ni”

Source : Google image 
Lebih kurang ginilah, tapi yang Nuryn nak tu buku cerita Winnie the Pooh rasanya

Nasib baik dia tak jadi beli bila nampak buku mewarna Upin & Ipin. Baru harga RM2.50 je.. Selamat duit ibu.

Ahad lepas kat MPH pun dia sendiri yang pilih buku apa dia nak. Bezanya Nuryn dengan Muqry, Nuryn cuma pilih satu buku je, Muqry… bukan main banyak. Semua buku pun dia nak. Nuryn pilih buku tu dengan abahnya, jadi masa dia datang kat saya, dia cakap

“Adik nak buku ni, murah je buku ni”. Mesti dia ada tanya kat Hubby murah ke mahal, boleh beli ke tak.

Iyalah dik, mujur ada diskaun 20%, bolehlah ibu dan abah belikan. Padahal beli colouring book tak berbaloi rasanya. Dia masih belum rajin nak warna each page tu sampai habis. Sikit-sikit je nanti yang dia warna. Bak kata kakak ipar saya,

“Muka Upin & Ipin tu dah jadi macam kena jerawat pulak, tompok-tompok jer yang Nuryn warna”

** Sekarang kalau cakap nak dan tak, akan jadi e-nak & e-tak. Bunyi ‘e’ macam bunyi dalam ‘e-mak’.

4 comments:

TopsyTurvyMum said...

hehehe...comel!
makin besar makin pandai diorg ni..keletahh!
mak pun kalau diorg nak buku mahal..kena alih2kan pujuk2 ambik yg murah..jimatkannn?? hehe

Scorpio Girl said...

yang pat aku pulak, nak beli barang semua dah nak kena beli in a set of 3...masing2 skang dah pandai nak memintak, tapi yang pandai memilih si Aisy, jadiknya adik2 akan minta "nasi tambah" walau tak tahu pun apa sebenarnya si abang nak kan tu..tapi yelah, kalau boleh bantu anak2, apa salahnya...**ha ha ha, itupun nak kena tgk dr segi ekonomi jugak..**

Lynn said...

Mmg ank2 sekarang ni semakin bijak. Kekadang tu sampai kita letih nak menjawab. Bagus galakkan baca buku dari awal. Caca pun sama minat pd buku. Setiap hari ms beratur kt dataran perhimpunan mesti ada buku kt tangan.

me_czar said...

TTM :
Kadang2 tak jalan gak pujuk. Diaorang tak faham lagi konsep mahal & murah tu.

SG :
Samalah.. kena beli 2. Kalau tak, boleh jadi iri hati. Sedangkan beli sorang satu pun boleh berebut bagai.

KL :
Teringat dulu masa kecik bacakan buku Ceritalah Lagi kat Khairy, bila sampai part "badannya pendek-pendek, hidungnya penyek-penyek" dia mesti gelak mengekek punya.

Ko ada amek buku tu dari umah Ibu?

DBP ada terbitkan lagi. Ingat kalau ko dah amek, nak beli yang baru buat koleksi.

Related Posts with Thumbnails