02 July, 2010

Meniaga kat FB

Sekarang ramai sungguh yang menggunakan FB sebagai medium mempromosikan perniagaan. Saya pun terkena juga dengan gambar barang jualan yang ditag nama saya. Bila tengok notification, mak ai.. berpuluh-puluh orang bagi komen. Puas fikir, eh gambar kita yang mana pulak orang dok komen nih. Ceit, rupanya gambar orang lain. Bila agak irritating, senang… remove aje tag tu.

Hari ni masuk2 je kat FB, wah.. ada gambar orang tak cukup kain. Rupanya ada orang dah iklan pakaian dalam dan pakaian tidur yang masyaAllah seksinya. Dengan gaya model yang sungguh dot…dot…dot…Nasib dia tak tag saya.

Kalaulah ada Cik Puan yang nak beli dan komen seperti....

“I nak beli baju seksi ni la”.

Bagi saya sangatlah tak appropriate nak bagitau satu donia bahawa kita nak beli baju tak cukup kain tu sebab ada kebarangkalian ada lelaki² nakal yang membayangkan pulak kita dengan baju-baju camtu. Tak pasal² dapat dosa. Mana tak nya, album baju seksa tu boleh dilihat oleh kawan-kawan kita dan sesiapa saja walaupun dia tak ada facebook. Perkara yang melibatkan intimasi camtu, lebih baikla dilakukan secara diam-diam jangan orang lain tahu, betul tak?

Lagi satu, budak sekolah rendah pun ada FB sekarang, kalau bebudak yang baru nak naik ni nampak gambar-gambar camtu. Aduhai, besar kesannya. Ah, jangankan budak… lelaki tua pun naik miangnya.

Entahlah… saya ni bukan orang meniaga jadi tak tahulah pasal marketing strategy ni. Apa yang saya tahu, kita mesti ada kumpulan sasaran untuk jual produk kita. Bukan main belasah je sesapa. Contohnya, takkan nak jual comforter set harga 4, 5 ratus kat makcik menorah getah kan? Kalau dia ada duit sebanyak tu, rasanya lebih baik dia beli gelang emas. Betul tak?

Gambar model dengan baju kecik dan seluar kecik aje

1 comment:

TopsyTurvyMum said...

hehe..
memang takleh elak...kalau tau cepat2 remove je tag tu..
nyemakk je rasa kann?

Related Posts with Thumbnails