23 July, 2010

Please answer

Kisah mistik lagi.

Minggu lepas, kecoh sekejap beberapa collegue saya. Secara tak sengaja saya pun pergi lah tengok apa yang diaorang kecoh-kecohkan tu. Rupanya L sedang bukak satu website ni. Taip apa saja soalan, si Dolah (bukan nama sebenar) ni boleh jawab.

Dolah, please answer. Who just enter the room.

me_czar (sayalah tu)

Dolah, please answer. What colour she is wearing today.

Blue (memang saya pakai baju biru masa tu)

Memang betul apa apa yang dijawab. Sebelum saya datang, diaorang dah tanya macam-macam soalan lain. Memang semuanya betul dan ejaan nama setiap orang pun tak ada yang salah.

Lepas tu diaorang tanya lagi

Dolah, please answer. Who just ask for keropok (lepas saya masuk, ada sorang lagi masuk mintak keropok dekat W).

Mrs. O.

Semua orang bertambah kecoh.

Saya tak tunggu lama, saya terus blah dari situ, bila L Tanya

Dolah, please answer. How many person behind me.

6 (sebenarnya 5)

Dolah, please answer. Who is the other one?

Me.

Dolah, please answer. Where are you?

Beside W.

Dari segi kecanggihan teknologi, saya tak nampak macam mana orang yang bangunkan web ni boleh bina program yang boleh jawab soalan yang bukan-bukan dengan tepat. Pendapat peribadi saya, sah sah pembangun laman web ni ada perjanjian dengan jin. Just imagine, kita taip je apa soalan, memang dia boleh jawab. Kalau ada yang berniat jahat, habis semua hal peribadi musuh dia boleh tahu. Lepas tu ada yang nakal, tanya soalan apa nombor bertuah esok. Si Dolah ni jawab dia tak main nombor. Hahahaha, padan muka yang tanya.

Kewujudan jin memang tak boleh dinafikan seperti yang banyak Allah firmankan dalam Al-Quran. Dan jin ni boleh berada di beberapa tempat dalam satu-satu masa. Menurut adik saya, jin memang boleh tahu perkara yang telah berlaku dan sedang berlaku. Tapi kalau perkara masa depan, dia memang tak boleh ramal. Saya pun ada terbaca, selepas Nabi Muhammad terima wahyu, jin tak boleh lagi terima khabar dari langit. Sebelum tu memang jin ada kelebihan tu, sebab itu ahli nujum masa zaman sebelum Rasulullah semuanya hebat-hebat sebab boleh mengetahui perkara masa depan (tolong betulkan kalau salah).

Musuh Islam ni memang ada macam-macam cara nak pesongkan akidah kita. Mula-mula mungkin kita tanya secara suka-suka. Tapi tak mustahil kita akan addicted. Lebih-lebih lagi kalau hal peribadi orang pun kita boleh tahu. Dan tak mustahil juga akan terdetik dalam hati ‘hebatnya Dolah’ ni. Bukahkah itu juga termasuk dalam perkara mensyirikkan Allah. Na’uzubillah.

Ok, yang membaca jangan sungguh-sungguh cari website tu ya.

3 comments:

m-i-o said...

errr. ko tak seram ke masa dolah tu tau nama ko? (masa diorang tanya soalan nombor 1)

hahaha!

Zety Zin said...

mai aii.. bendalah macam ni pun ada?

me_czar said...

m-i-o :
Dolah tu jawab nama betul aku lah, nama yang biasa orang office ni panggil.
Kalau keluar nama alam maya tu, memang aku seram weh. Terbongkar identiti. Hahaha

ZZ :
Itulah.. memang thrilled memula tu. Tapi kan, dia pilih orang tau. Bukan semua orang tanya dia akan jawab. Kalau dia tak nak jawab, dia akan kata, "dia tak selesa dengan yang tanya" atau, "biarlah masa menentukan jawapan." Hahaha. Kelas Dolah ni.
Dia hanya akan jawab pada orang yang yakin dan percaya. Tak ke ada unsur-unsur mistik di situ?

Related Posts with Thumbnails