09 August, 2010

All in one updates

Seminggu sakit dan masih sakit, ‘a sewing disaster’ dan trip hujung minggu.

Selsema sejak minggu lepas.  Dapatlah mc sehari.  Ubat termasuk antibiotic dah habis makan, selsema masih tak baik-baik sehingga hari ni.  Jap lagi maybe nak pergi panel clinic.  Mana tau jalan pulak ubat klinik tu kali ni.

Minggu lepas menyaksikan saya memotong 2 pasang baju kurung, sepasang peasant blouse dan sehelai seluar untuk Nuryn.  Baju kurung baru cantum badan dan jahit kain.  Tak ada masalah setakat ni.  Yang ‘disaster’ nya, seluar Nuryn yang saya dah siap jahit tu rupanya… terkecik!  Aduhai, tension betul.  Padahal dah ambil ukuran bagai.  Muat masuk setakat peha aje.  Sebelum ni guna pattern lain, kali ni cuba pattern lain pulak.  Ala sebenarnya bukan salah pattern, tapi salah ukuran.

Bukan setakat seluar yang tak menjadi, blouse pun sama rupanya.  Padahal bukan tak pernah buat sebelum ni.  Konon-konon nak improve dari blouse yang pernah buat dulu, rupanya ada masalah dengan ukuran jugak.  He… geram dengan diri sendiri.  Ingatkan sekali hadap boleh siap jahit.  Rupanya nak kena tetas, potong dan jahit balik.  Alamatnya, pending lagi lah.  Dah masuk bulan puasa, kena concentrate jahit baju kurung.

Ahad lepas saya ke Masjid Tanah, Melaka.  Pak Lang saya yang dah menduda beberapa tahun, bertemu jodoh lagi.  Dengar ceritanya berkenalan melalui internet.  Hihihi… boleh tahan jugak PL ni.  Tak de menolong sangat pun, setakat pergi makan kenduri dan balik.  Teruk… ;p

Semalam lak saya ke Pahang (lupa pulak sebenarnya daerah mana) menghadiri majlis perkahwinan sepupu.  Yang seronoknya, sampai-sampai kenduri bukan pergi makan nasi dulu, kami melantak durian dulu berbiji-biji.  Pak Ngah saya tu ada dusun durian, jadi masa kenduri semalam, dia jamu tetamu dengan durian juga.  Dah selesai kenduri, pergi kebun pulak ambik mengutip durian.  Pakcik, makcik pergi masuk kebun kutip durian, kami dok jaga anak-anak mandi sungai.  Ada sungai kecik dalam kebun tu, tak dalam pun… Muqry dan sepupu-sepupunya seronok lah berendam.  Saya dengan baju kurung dan wedges 2 1/2 inci terhegeh-hegeh tepi sungai.  Tak rancang pun nak pergi kebun, kalau tau boleh gak bawak baju salin siap-siap.

Nuryn mula-mula excited nak mandi sama.  Lepas tu bila tengok sekeliling tu tak jadi pulak.  Takut ada harimau katanya.  Kahkahkah…  Bila Muqry dah berendam, dia sibuk pulak nak masuk air.  Tapi tak sampai 5 minit dah menangis-nangis nak naik.  Rasanya sebab dia takut pijak pasir dan batu-batu kat dasar sungai tu.  Hahaha, anak dara tu memang pelik sikit.

Hampir pukul 6 baru kami bertolak balik, bau durian ajelah sepanjang 2 jam lebih perjalanan tu.  Nasib baik tak mabuk, dengan jalan yang bengkang bengkok macam ular kena palu lagi.  Seronok sebab dapat makan durian sedap-sedap tapi penat pun boleh tahan.  Tambah penat bila balik, tengok kerja-kerja rumah yang menunggu.  Almaklumlah, dah 2 kali hujung minggu tak de kat umah, dah cumulative kerja-kerjanya.  Huhu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails