03 August, 2010

Daiso.. I loike!

Akhirnya sampai juga saya ke Daiso IOI Mall, Puchong.  Nak tahu juga apa yang best sangat kat Daiso ni seperti yang digembar-gemburkan para crafter.  Lupa exact lokasinya, tapi Daiso ni terletak kat tingkat 2, bahagian mall yang bertentangan dengan Jusco.  Kitanya, Jusco hujung belah sini, Daiso ni hujung belah sana. Dekat dengan Kamdar dan Popular.

Wowwee.. memang best la.  Semua barang cuma RM5.  Saya memang dah aim nak cari satu barang ni.  Inilah hasilnya.

Auto-rewind tape measure (kat tempat lain belas ringgit), rotary cutter + extra blade dan lots of cover buttons.  Entah nak buat apa cover button banyak-banyak.  Hahaha.. Bukan apa, saya ada beli scraps dari MyBotang.  Mana perca yang kecik-kecik tu boleh jadikan butang.  Later, boleh buat embellishment kat sepit rambut ke, beg ke, apa-apa je lah..


Sebelum... dalam bekas Ikea.  Manjang tergolek.


Selepas... compartment ni beli kat Daiso jugak.  Buat masa ni benang cukup sebekas je.  Esok-esok tak tau la kot dia boleh beranak pulak ;p

Hampir-hampir beli felt yang jauh lebih murah dari kedai lain.  Tapi sempat juga fikir secara rasional, buat apa nak tambah koleksi lagi, yang ada pun tak habis guna.  Projek asyik terbengkalai aje.  Huhu..

Daiso ni bukan jual barang jahitan dan kraftangan je.  Macam-macam barang keperluan rumah ada.  Alat tulis pun ada jugak.  Semuanya RM5.

Jom shopping!


1 comment:

sol said...

weih bestnye!
tp 'dekat' sangat kan.. telan air liur sajelah hahahaha..

Related Posts with Thumbnails