10 August, 2010

Masih tak sihat

Bangun tidur pagi ni, suara dah jadi macam Wohnen (ingat lagi tak penyanyi ni).  Dalam pada selsema yang masih ada, batuk tambah kronik lak.  Bila batuk, sakit sungguh dada sebab bukan batuk berkahak, batuk yang kering tu.  Moga-moga ini jadi kifarah dosa.

Kalau ikut kiraan hari, mungkin cuma dapat puasa hari pertama je.  Jadi, mudah-mudahan sepanjang tempoh bercuti, batuk dan selsema ni dapat sembuh.

Sepanjang bulan puasa ni, waktu kerja rasmi cuma sampai pukul 5.  Walaupun ada tender baru nak collect minggu ni dan tarikh tutupnya 26 Ogos, saya akan cuba juga balik on time tiap hari.  Persiapan berbuka kali ni kena uruskan sendiri.  Maid dah tak de maa… Huhu. 

Projek jahit baju raya tahun ni cuma 2 pasang untuk Nuryn.  Baju saya sendiri, dah hantar orang jahit sebelum bulan puasa hari tu.  Takut tak terbuat macam last year.  Tak apalah, rezeki untuk kawan saya tu lah tahun ni.  Baju Muqry pun beli aje nanti.  Rasa macam nak jahit sendiri juga tapi, dah lambat ni.  Sebulan tak cukup rasanya untuk saya siapkan.  Kalau tak de gangguan, 2,3 hari mungkin boleh selesai sekali hadap.  Tapi, percayalah… sangatlah banyak gangguannya.  Nak tunggu mood mari pun satu hal juga.  Huhu.

Harapnya dapat siap jahit awal, boleh buat kuih raya pulak *mode berangan*.    

No comments:

Related Posts with Thumbnails