13 August, 2010

Muqry puasa

Ya… Muqry puasa semalam.  Puasa nasi.  Hehehe.  Seharian dia tak makan nasi.  Minum air masak pun takut2, makan donut pun sorok tangan kat belakang.  Itupun sebab dah kelaparan agaknya.  Bila nak disuap nasi, Muqry kata…

“Ibu tak kasi, hari ni semua orang puasa. Tak boleh makan”.


Rupanya budak kecil tu ambil serius apa yang saya kata masa sahur pagi tu.  Muqry dan Nuryn sama-sama bangun sahur.  Muqry siap suruh saya suap dia makan sekali.  Jadi saya berguraulah cakap…

“Hari ni abang kena puasalah, dah makan sahur ni.”


Bulan 24 Julai lepas, baru genap 4 tahun umur Muqry (alamak… belum buat lagi entry pasal birthday dia ni).  Rasanya macam masih kecil lagi nak diajar puasa.  Tapi tak sangka, boleh juga dia menahan diri dari makan nasi.  Hubby datang jemput baru dia makan, itu pun SIL bekalkan nasi lemak suruh dia makan dalam kereta.  Faham juga dia puasa tu apa.  Tapi air masak masih tak boleh tinggal.  Dia memang kuat minum air.
Semalam bila saya tahu dia  tak makan nasi seharian, saya betulkan balik apa yang saya cakap.  Beritahu dia yang dia masih kecil lagi, tak apa kalau tak puasa.  Dah cakap macam tu, barulah dia makan nasi hari ni.

Umur berapa agaknya masa yang sesuai nak ajar anak-anak berpuasa ya?    

No comments:

Related Posts with Thumbnails