25 September, 2010

BondaMama Kids Centre

Selepas beberapa bulan Mr. Hubby berulang-alik menempuh perjalanan lebih kurang sejam *to and fro* hantar anak-anak kat SIL, akhirnya kami buat keputusan untuk hantar anak-anak ke taska yang akan dibuka berdekatan dengan rumah kami. Bulan Okt ni taska tu akan mula beroperasi.

Saya harap taska kali ni ok lah. Ada 2 lagi taska lain yang saya pernah hantar. Kebetulan masa hantar Muqry dan Nuryn kat situ ada sorang penjaga yang agak berumur, ok la dia jaga budak-budak ni. Tapi sekarang kakak tu dah tak kerja situ dan jiran sebelah rumah pun ada cerita yang dia pun tak puas hati dengan taska lama ni. Tapi sebab dia tak ada pilihan lain, pejam mata ajelah.

Taska yang saya nak hantar ni merupakan salah sebuah franchise BondaMama. Kalau tengok program yang diatur untuk setiap kanak-kanak kat taska, bagus juga. Tidaklah budak-budak terbaring aje tengok tv dari pagi sampai petang.

Sebab belum hantar lagi anak-anak ke situ, tak bolehlah nak cerita panjang lebar. InsyaAllah saya akan review taska tu lepas nih.


No comments:

Related Posts with Thumbnails