30 September, 2010

Desperado

I was so desperate to wear this one particular baju kurung this morning.  Ini baju raya tahun lepas dan baru beberapa kali je dipakai.  Bila dah tak ada baju nak dipakai lagi, sila korek baju-baju lama tapi baru anda.  Hahaha.

Kenapa dah lama tak pakai baju ni?  Sebab ada lubang hangus sebesar 50 sen kat hujung tangan yang dibuat oleh bibik.  Mujur ada lebihan kain yang boleh dibuat ganti the whole tangan baju yang selepas setahun baru ada perasaan nak alter.  Tapi, tak kuasa saya nak potong kain tengah-tengah malam, pastu mana pulak nak jahit tepi bagai.  Jadi disebabkan nak jugak pakai baju ni gi kerja esoknya (hari ni la), saya pun buat ala-ala patch work gitu. 

Hahaha.. memang huduh jadi tak mahu tunjuk gambar.  Tapi saya yakin saya boleh menyorokkan kecatatan ni dari pandangan mata orang.

Pagi tadi, siap-siap pakai baju depan cermin.  Ok.. tak delah nampak sangat sebenarnya.  Bolehlah pakai dulu sementara tunggu hujung minggu untuk ganti tangan baju tu.  Tapi kain pulak ada komot sikit setelah sekian lama terperuk dalam almari dan perlu diseterika.

Tiba-tiba, *%#@!  Kain pulak yang berlubang.  Tension sungguh di pagi yang sepatutnya menceriakan sebabnya mesti orang office ingat saya pakai baju baru.  

Ini membuatkan saya tertanya, adakah hujung tangan baju dulu tu saya juga yang lubangkan? 

6 comments:

Abu Ammar Muqry said...

Nanti abg bawak daun pisang banyak². Repair surface iron tu. Ada karbon kot, sebab tu iron susah nak kawal suhu dia... :p
p/s: shian dia, patut la tetiba jadi warna purple. Org dah siap pakai warna oren, tapi takkan nak tukar pulak kan... hehe

me_czar said...

Ngeh2, salah sendiri. Letak kat steam mode which is kalau dry mode tu kira tahap paling panas.

Tapi, kat dalam dah tak de air. Huhu. Jadilah tahap kepanasan melampau.

Kalau rajin, boleh buat magic.

Lynn said...

En. Ayile : sila belikan wife anda baju baru....huhu

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

yeeeeeeeee..baju baru!!!

Abu Ammar Muqry said...

Yeah... baju baru.... ;)

me_czar said...

Baju baru on the way. Itupun sebab ada 2 kenduri akan datang ni.

Bila ada baju baru, tudung pun kena ada yang baru ni. Barulah match. Hehehe

Related Posts with Thumbnails