23 September, 2010

Hallloooooo.. anybody home?

Sungguh lama saya menyepikan diri, baik dari berblog mahupun berFB. Sebab musababnya, biarlah rahsia… *nyampah kan?*.

Sebagai permulaan, saya kongsikan kisah raya tahun ni.

Kalau ikut sistem giliran, tahun 2010 adalah giliran saya untuk beraya bersama nenek atok (orang Johor, panggil nenek pun atok juga. Dalam kes saya, nenek saya dipanggil Atok Long) kat Batu Pahat (Sri Gading). Tak dapat kumpul kesemuanya sebab Acik masih di Beijing dan Usu pula balik Kuala Kangsar. Anyway, masih happening dengan kami yang ada nih.

Saya, kakak dan adik konvoi balik sehari sebelum raya. Kami bertolak balik pukul 4.30 petang dan sampai setengah jam lepas berbuka puasa. Berbuka ala kadar je dalam kereta. Kamilah yang terakhir sampai, terlepaslah acara membersihkan rumah. Hehehe.

Raya pertama - keempat; 10 – 13 September 2010

Kami beraya sehari di Sri Gading (kampung belah ibu) sebelum beraya kat Rengit (kampung belah ayah tapi cuma ada Pak Cik dan family) pula yang terletak cuma 40 minit perjalanan antara satu sama lain. Raya kedua tu kami sempat juga beraya 2 rumah kat Johor Bahru. Sambil beraya, Ayah sebenarnya nak bagi kad jemputan adik saya juga. Ohh.. adik lelaki saya nak kahwin bulan 11 nih.

Kononnya nak gerak balik KL tengah malam raya ketiga. Tapi Mr. Hubby dan adik-adik saya masih sibuk main meriam karbaid lagi. Jadi kami konvoi balik esok pagi nya dengan Ayah saya sekali. Singgah beraya kat rumah Pak Usu di Senawang sebelum meneruskan perjalanan ke Hulu Langat.

Jumlah rumah beraya : 15

Raya kelima - ketujuh; 14 – 16 September 2010

Beraya di sekitar Batu 19, Hulu Langat sebelum meneruskan perjalanan ke Semenyih. Kali ni beraya di rumah keluarga belah mak mertua saya. Dari Semenyih kami ke Kajang dan Seri Kembangan.

Perjalanan diteruskan keesokkan harinya ke Jalan Kelang Lama dan Shah Alam. Dah alang-alang sampai Shah Alam, kami terus ke Klang pulak.

Rancangannya nak balik rumah sendiri lepas 7 hari ditinggalkan tapi tak jadi sebab nak tolong ibu dan ayah dengan persiapan catering untuk Uda saya masa cuti Hari Malaysia tu. Tidur semalam kat Sri Serdang. Sebelum tu sempat lagi melawat bff saya AK yang dijangka ‘meletup’ awal bukan 10 ni.

Esoknya pergi rumah terbuka Uda saya kat Semenyih pulak. Huih, memang acara makan dan makan dan makan lagi saja sepanjang raya nih.

Jumlah rumah beraya : 12

Apalah ertinya entry raya tanpa gambar raya kan, kan? Inilah sebahagian kecil gambar yang saya ambil dari FB Mr. Hubby.

Silakan…



Gambar pagi raya pertama di Sri Gading
 
Muqry & Nuryn bersama sepupu² dan mak/pak sedara

Gambar solo Muqry je yang ada.  Gambar Nuryn sama ada memang tak de atau tak upload.  Tak taula pulak.  Tahun ni baju Muqry beli saja.  Cuma baju Nuryn yang saya sempat jahit 2 pasang 

No comments:

Related Posts with Thumbnails