24 September, 2010

Lelaki korporat memang keparat kah?

Ok, tidak semua… tapi saya dapat rasakan sebahagian besarnya. Dah banyak kali saya dengar kisah begini dari sumber yang boleh dipercayai, dari orang yang ditugaskan untuk melayan karenah lelaki-lelaki korporat ini. Yang membayar setiap bil minuman keras dan juga GRO-GRO untuk melayan miang lelaki-lelaki ini, juga untuk setiap sesi urut di rumah-rumah urut pilihan mereka. Dalam kecewa, saya memilih untuk menahan jari dari mengetuk papan kekunci menghamburkan segala cerita busuk yang saya tahu.

Dengan kemewahan, dengan pangkat, lelaki korporat ini lupa asal kejadian mereka ke dunia, lupa bahawa ada yang memandang di atas sana, lupa pada isteri dan anak yang ditinggalkan saat mereka bergembira dengan perempuan entah siapa, lupa pada maruah yang tergadai di pandangan mata pembayar bil mereka, lupa yang hidup ini hanya sementara.

Kasihan…

No comments:

Related Posts with Thumbnails