29 September, 2010

Pening nak cari sekolah yang sesuai

Blog walking tadi, terjumpa sebuah catatan yang sama.  Pening!

Pencarian kinder yang sesuai untuk Muqry dan Nuryn dah saya mulakan sejak sebelum puasa. Konon-konon nak register cepat supaya dapat tempat. Tapi akhirnya sampai hari ni, kinder nya pun masih belum tengok lagi, apatah lagi register.

Sebab apa jadi susah dan memeningkan, bila saya tetapkan criteria camni :

1) Modul pengajaran – Islamic module & English

2) After school day care

3) Lokasi

Kenapa Islamic module, plus pointlah untuk anak-anak. Bukanlah saya mengharapkan miracle anak-anak akan jadi anak soleh/solehah dengan masukkan diaorang kat tadika islam/sekolah agama semata-mata. Tapi at least diaorang ada asas yang kukuh. Dengan harapan, tak susahlah nak didik mereka nanti.

Saya juga nak anak-anak saya mahir dengan penggunaan Bahasa Inggeris sejak kecil. Sekarang pun saya cuba dedahkan penggunaan BI tapi tak boleh nak harap sangat dengan pendidikan tak formal ni sebab Ibu diaorang tak istiqamah. Pernah berangan nak praktikkan OPOL (One Parent One Language) tapi, tinggal angan-angan je lah sebab cakap BI pun berterabur. Huhu..

Semenjak ketiadaan maid yang ke 3 ni, macam dah malas nak ambil maid lagi. Unless kalau bercadang nak beranak no. 3 pulak la. So, memang nak cari kinder yang ada sambung dengan day care lepas sekolah. Tahun depan, masukkan je dua-dua, Muqry dan Nuryn. Cuma Nuryn untunglah, 3 tahun kat kinder.

Kalau nak kira lokasi yang berhampiran dengan rumah, ada sekurang-kurangnya 2, ke 3 buah kindergarten. Tapi kesemuanya tak menepati 2 kriteria kat atas tu.

Cari punya cari, saya terjumpa sebuah kinder yang menepati ciri 1) dan 2). Tapi lokasinya pulak agak jauh dari rumah saya tapi, dalam taman perumahan yang sama dengan parent saya. Waktu operasi sampai pukul 5.30 petang. Jadi tiap-tiap hari memang kena bayar OT lah sebab paling cepat Mr. Hubby boleh jemput anak adalah pukul 6.00 petang. Kalau lebih pada tu, back up plan nya ialah mintak ayah saya tolong jemput la. Hehehe.

Tapi lepas jumpa Bondamama Kids Centre ni, dah tak sure camne nak buat. Maybe masukkan Muqry je kat sekolah tu. Nuryn boleh stay setahun lagi kat nursery. Atau Muqry sekolah je kat sana, lepas sekolah, hantar kat nursery pulak. Half half la. Tapi bolehkah Mr. Hubby spend masa tengahari pi jemput Muqry? Mungkin juga boleh fikirkan perkhidmatan bas/van sekolah. Aduhai… apa-apa pun kena tengok option mana dengan cost yang lebih jimat.

Ini baru nak masukkan anak ke sekolah tadika, belum lagi nak masukkan anak ke sekolah rendah. Tapi saya dapat rasakan bahangnya sebab sama je situasinya macam sekarang. Tak ada sekolah yang berdekatan. Sampai rasa macam nak pindah duduk dekat sekolah yang diangan-angankan.

6 comments:

Zazalicious said...

Insha-Allah, by end of this year aku akan dpt bukak kindy + nyrsery + daycare sendiri..aku dah lalui byk sgt sakit hati + keperitan dgn sekolah anak2 yang lepas, jadi aku BERAZAM untuk tak buat kesilapan yang sama..Kalau takde aral, 2012 buka 1 lagi di Putrajaya...doakan segala kan okay ek?

Rasa masih belum terlewat lagi kan so SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MINAL AIDIL WALFAIZIN..

Abu Ammar Muqry said...

Proceed with Muqry morning Kinder & afternoon Nursery. Nuryn stay at Nursery 1 day.

me_czar said...

Zaza :
Selamat Hari Raya gak. Sampai ke sudah kita tak jumpa kan?

Same case dengan owner nursery yang kami nak hantar ni. Dia pun ada pengalaman pahit kat nursery sedia ada sebab tu dia usahakan buka nursery sendiri. Harap2 tip top la service dia.

I'll pray for you. Semoga Allah permudahkan jalan.


AAM :
Tapi kita masih belum fikirkan macam mana nak transport Muqry dari school ke nursery??

Abu Ammar Muqry said...

Final decision made last week... Proceed with that...

Anonymous said...

Salam..maybe can help!

http://www.majalah.com/?classified:masih-mencari-tadika-taska-yang-terbaik-islamic-english-creative-kaw-subang-jaya-puchong-s:6FMDDQF1NH

Tq.. :)

me_czar said...

Anon:
Alhamdulillah, kami dah jumpa sekolah yang sesuai :)

Related Posts with Thumbnails