27 September, 2010

Tercekik susu lagi

Kali ni bukan kecuaian pihak ketiga, tapi di tangan bapa sendiri.  Petikan dari Harian Metro:

KUALA LIPIS: Malang bagi seorang bapa apabila bukan saja dalam proses bercerai dengan isteri, malah turut kematian anak bongsu akibat tercekik susu ketika dalam perjalanan menaiki kereta api dari Kelantan ke Kuala Lumpur, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, bayi terbabit, Mohamad Ayub Mohd Zainuddin berusia tiga bulan dari Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan disahkan meninggal dunia dalam kereta api akibat tercekik susu.

Sebelum kejadian, bapa berusia 25 tahun itu yang dalam proses bercerai dengan isteri berhasrat `membawa diri’ ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan baru sambil membawa mangsa manakala anak pertamanya tinggal bersama isteri.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kelantan dengan menaiki kereta api, bapa berkenaan terpaksa duduk di lantai sambil memangku mangsa kerana gerabak itu dipenuhi dengan penumpang lain.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebaik tiba di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Kuala Lipis, beberapa penumpang lain tersedar selepas melihat mangsa berubah seperti tidak sedarkan diri.

Menurutnya, bapa mangsa meminta bantuan orang awam menghantar anaknya ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, bagaimanapun, hasil pemeriksaan di HKL doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia ketika berada dalam kereta api akibat tercekik susu.

Abdul Razak berkata, siasatan mendapati, mangsa diberi minum susu ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sambil dipangku bapanya sebelum tertidur.

“Bagaimanapun, polis tidak dapat memastikan mangsa meninggal dunia selepas minum susu atau sebaliknya sebelum kejadian terbabit disedari penumpang.

“Polis mengesahkan kejadian itu tidak membabitkan unsur jenayah serta mengklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Menurutnya, jenazah bayi berkenaan sudah dituntut bapanya selepas bedah siasat dijalankan di HKL.

1 comment:

Nobita Sensei said...

hmm..disebabkan sifat cuai, nyawa anak melayang..tak patut betul.

P/S: follow kamu.

Related Posts with Thumbnails