06 October, 2010

Anak-anak dan taska

Muqry dan Nuryn sudah kami hantar ke BondaMama Kids Centre bermula hari Isnin lepas. Saya memang sengaja ambil cuti hari tu membayangkan bakal ada drama sewaktu hantar diaorang. Daripada saya masuk lambat dan punch card merah, lebih baik saya ambil cuti, boleh juga melencong ke tempat lain.

Seperti yang dijangkakan, memang ada drama meraung, tarik baju, peluk peha dan tolak pintu. Padahal Ahad tu dah bawak diaorang ke sana untuk register. Dah beritahu awal-awal lama dulu yang diaorang akan duduk situ sementara Ibu dan Abah kerja. Tak sangka pulak Nuryn yang sebenarnya lebih cool, lebih kuat meraungnya. Muqry macam dah ok bila Abahnya pujuk. Tapi bila Nuryn mula meraung masa saya nak keluar pintu, Muqry pun sama kuat nangisnya. Siap tolak pintu tak bagi saya tutup dan dia pun nak keluar ikut saya. 5 minit lepas balik, saya call dan pengasuh beritahu budak berdua tu dah main pun. Sekejap aje nangisnya.

Waktu saya jemput diaorang petang tu, macam-macamlah saya Tanya termasuk pasal menangis pagi tu. Pandai pulak Muqry jawab “kita dua orang nangis kejap je”.

Hari kedua Nuryn ok. Masuk-masuk je kat dalam, terus baring atas bantal yang Teacher dah sediakan. Muqry yang tak mahu lepas. Nak letak kepala kat riba saya. Ada 10 minit jugalah nak memujuk. Lepas call Mr. Hubby, baru dia lepaskan saya pergi kerja.

Hari ke3 ni, dua-dua pun behave jer. Cuma satu aje masalah sejak 2 hari kat taska ni. Muqry susah betul nak tidur petang. Kebetulan anak jiran sebelah rumah pun ada kat taska tu. Seronoklah main berdua. Kawan tu tak tidur, Muqry pun sama tak tidur. Bila kat rumah, lepas Maghrib mata dah mula mengantuk. Makan nasi pun tak mahu dan mula buat perangai pelik-pelik dia tu. Merengek, mengamuk tak tentu pasal, nak berdokong. Sangat-sangat menguji kesabaran. Mujur Nuryn baik je. Adalah sikit-sikit buat perangai tapi tak de lah seover abangnya.

Tak tahulah boleh ubah ke tidak rutin tidur Muqry ni.  Sebab ada kawan, itu yang payah sikit.  Mainkan lagi seronok.  Untuk ganti makan malam, mungkin saya patut tambah buah-buahan selain dari roti.  Janji dia makan makanan berkhasiat.

4 comments:

lia said...

Alhmdlh depa x wat drama berminggu2... mcm lia, da berbulan2 masih ada drama yg kadang2 wat rasa susah hati nk p kerja ;(

me_czar said...

Lia :
Itulah, mujur sehari je macam tu. Isnin tu akak sampai migrain bila kepala dok asyik flash back macamana budak berdua tu menangis.

Rasa bersalah sebab tinggalkan je diaorang macam tu. Memanglah cuti, tapi takkan nak bertunggu tangga kat taska tu pulak kan. Nanti tiap hari pun diaorang expect cam tu.

aiDieNa said...

Saya pon hantar anak di Taska BondaMama.. tapi area Ampang lar.. Baru tiga hari hantar.. masih memantau perkembangan anak²...

Dzs Cupcakes n Kuih Bakar said...

Assalam, Aidiena pun hantar kat Bondamama Amapng ker? so far macam mana ok tak .. sy pun ingat nak hantar kat situ tp nak survey dulu la... mungkin bolh share pengalama.. tentang Bondamama Ampang

Related Posts with Thumbnails