05 October, 2010

Hari yang bahagia

Tiada apa yang lebih membahagiakan apabila kembali bekerja selepas 3 hari bercuti (cuti hujung minggu + Isnin) dan disambut dengan ini...



Dalam sampul pos laju tu ialah kain heavy cotton yang saya beli Khamis lepas.  Apa yang buat saya teruja sebab dapat half metre kain FOC.  Cantik pulak tu.

Tapi, yang paling menarik sekali ialah isi kotak tu.  Jeng..jeng..jeng...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Inilah dia grill pan percuma hasil dari pungutan mata Bonuslink.  Point yang perlu ditebus untuk dapatkan grill pan ni, cuma 5700 sempena "Points Knock Down" in stead of point asalnya 6500.  Pernah survey grill pan ni (tapi brand lain), atas RM50.00 juga harganya.  Memang berbaloi....  Servis pun sangat pantas.  Khamis lepas saya redeem, semalam dah sampai.   

Lepas ni kena tengok balik menu minggu ni, bila agaknya boleh rasmikan grill pan ni. ;)

3 comments:

Abu Ammar Muqry said...

Seronoknya, lepas ni Abah jadi Chef..
Yeeha!

Lynn said...

boleh la kami dtg 'makan besar'

me_czar said...

AAM :
Minggu ni ibu dah buat menu utk seminggu ya. Turn Abah minggu depan

KL :
Tunggu kami penuhkan peti sejuk dengan stok dulu ya. Dah lama tak shopping Tesco. Stok basah cuma cukup utk seminggu je.

Dah serik ikan, ayam terbuang sebab dah lebih tempoh dalam peti ais.

Sekarang berazam nak masak tiap hari sebab budak2 cuma makan nasi sekali je kat nursery. Minum petang cuma makan roti. Tapi dah 2 hari ni, dua-dua pun tak nak makan nasi. Kitaorg berdua je yang makan.

Related Posts with Thumbnails