21 October, 2010

Payahnya untuk menulis

Perancangan atau angan-angan untuk menulis sekurang-kurangnya 2 hari sekali tidak kesampaian. Tengoklah, dah berapa lama sejak entry saya yang terakhir. Huhu. Saya memang bukan dilahirkan untuk menulis agaknya. Walaupun semasa belasan tahun dahulu pernah menjadi penulis diari tegar. Momen indah cinta monyet haruslah dikenang kan? Hehehe... apakah?

Saya memang kagum dengan mereka yang komited menulis (baca : menaip) di blog masing-masing. Tak kiralah sekadar catatan aktiviti harian atau tulisan ilmiah. Banyak betul idea dan begitu baik pengurusan masa mereka ya. Kelemahan saya masih lagi 2 perkara ni, masa dan kekeringan idea.

Saya tahu ada diluar sana yang memanfaatkan hujung minggu untuk menulis beberapa entry yang akan kemudiaannya dijadikan scheduled post sepanjang minggu. Alangkah bagusnya kalau saya pun boleh buat macam tu. Tetapi hujung minggu saya begitu banyak aktivitilah. Macam tak ada je waktu senggang. Kalau ada masa, macam nak duduk menghadap mesin jahit yang dah penuh habuk pula. Tapi nampaknya, itupun gagal. Saya mungkin ada masalah dengan pengurusan masa agaknya. Ataupun saya ni jenis yang nak buat semua benda sampai tak tahu mana keutamaan mana sampingan. Ah, susah.

Kadang-kadang waktu sedang terperangkap dalam kesesakan jalan, timbul pula macam-macam idea. Tapi sebaik saja kaki melangkah masuk dalam rumah, hilang semua keterujaan nak menulis blog.  Terus lupa langsung.

Untuk menulis sesuatu yang ilmiah, lagilah payah bagi saya. Sebabnya idea tu agak ketandusan sikit bila kurangnya membaca. Lepas tu nak kena buat research juga sebelum menulis takut terberi fakta yang tak betul.  Hmmm... lagilah tak terbuat macam tu.   

Dipendekkan cerita, beginilah keadaan blog ni untuk beberapa waktu ni.  Suam-suam kuku gitu.  Tak tahulah bila nak dapat momentumnya. 

No comments:

Related Posts with Thumbnails