15 November, 2010

E-learning

Wah.. teruja saya bila sekarang ni Muqry dan Nuryn dah boleh gunakan ‘mouse’. Bukan apa, bila dah pandai guna mouse ni, bolehlah saya kenalkan dengan website yang ada edu-games.

Setakat ni, ada dua website yang saya dah terjah.


Starfall.com opened in September of 2002 as a free public service to motivate children to read with phonics. Our systematic phonics approach, in conjunction with phonemic awareness practice is perfect for preschool, kindergarten, first grade, second grade, special education, homeschool, and English language development (ELD, ELL, ESL). Starfall is an educational alternative to other entertainment choices for children. (source)
Ada beberapa bahagian aktiviti kat laman web Starfall khusus untuk mengajar anak membaca gunakan kaedah phonics.  Tapi saya baru mulakan dengan bahagian pertama iaitu pengenalan kepada phonic.  Ni contoh aktiviti yang ada kat sana. Anak-anak kena klik barulah ada audio macam mana nak bunyikan huruf A dan A for apples.

 A - apples

Ada juga games yang perlu dimainkan guna mouse. Kiranya aktiviti ni dapat meningkatkan kemahiran motor anak-anak dengan penggunaan mouse. Bukan senang nak mengkoordinasi jari-jari kecil diaorang tu. Muqry pada awalnya memang cepat putus asa, bila tak boleh je, jerit panggil saya tolong pegangkan mouse. Lepas Mr. Hubby adjust kelajuan mouse tu barulah ok. Sekarang, Nuryn pun dah boleh gunakan mouse tanpa perlu saya bantu.

 Kena masukkan huruf pada bakul yang betul 

how to adjust the pointer speed - kot ada yang tak tahu macam saya

Satu lagi web yang menarik ialah http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en.

Setakat ni saya baru cuba aktiviti mewarna. Di sini, arahan akan diberikan secara bertulis dan audio. Disebabkan Muqry tak pandai membaca lagi, dia akan dengar arahan dengan teliti. Bila tak faham, baru dia tanya saya. Setakat ni warna tak jadi masalah, Muqry kenal warna dalam Bahasa Inggeris. Cuma ada beberapa objek yang dia tak pernah dengar. Game ni pun gunakan mouse juga.


Gerakkan berus untuk pilih warna dan warnakan pada objek yang betul

Setakat ni, nak mahirkan anak-anak gunakan mouse. Lepas ni baru ajar guna keyboard pula.

2 comments:

Fid said...

anakku sukaaaa

me_czar said...

Apa lagi web yang bagus ya untuk budak baya2 ni? Ada jumpa few sites tapi, keluar lak iklan tak senonoh kat side bar.

Related Posts with Thumbnails