02 November, 2010

Selamat hari lahir ibu..


Suatu petang 10 hari yang lalu, Abah bawa saya dan abang ke Alamanda. Saya pun pelik juga. Selalunya lepas Abah jemput saya dan Abang Muqry dari taska, Abah terus bawa kami balik rumah. Kadang-kadang Abah bawa juga kami main kat padang permainan. Tapi hari ni sampai ke Alamanda Abah bawa kami. Wah, saya dan Abang seronok bukan main.

Oh.. rupa-rupanya Abah nak pergi kedai buku MPH. Abah kata, esok hari lahir Ibu.  Abah nak belikan hadiah untuk Ibu rupanya. Benda tu ada dalam wish list Ibu. Saya pun tak tahulah apa kegunaan benda tu. Tapi Abah suruh saya yang pilih pembalut untuk balut hadiah ibu tu. Saya pilih pembalut warna pink yang ada kartun perempuan yang comel macam saya. Mesti Ibu suka sangat. Abah pesan kat saya dan Abang, jangan beritahu apa-apa kat Ibu. Ini rahsia. Abah kena balut dulu hadiah tu kat rumah nanti dan tunggu tengah malam baru boleh bagi dekat Ibu.

Saya seronok sangat nak balik rumah. Saya tahu mesti Ibu dah sampai rumah sebab Abah singgah rumah Atuk dulu sebelum balik rumah. Nampak je Ibu yang menyambut saya kat pintu dengan penuh kasih sayang, saya terus terlupa janji yang saya buat dengan Abah tadi.

“Ibu… Abah beli hadiah ibu… Best.”

“Hahahaha… ye ke?

“Ha ah, Abah beli kat kedai buku. Besttttttt.”

Ibu saya dah senyum lebar menahan ketawa. Abah saya pun dah tersenyum-senyum tengok Ibu.

Oh.. rupa-rupanya saya dah rosakkan kejutan untuk Ibu saya sempena hari lahirnya. Hehe.. manalah saya tau, saya kecik lagi tau, bukannya boleh simpan rahsia!

Yang tidak bersalah,
Nuryn

4 comments:

mirah said...

Myza, selamat hari lahir ya.
Moga dalam rahmat Allah sentiasa. Amin.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

myza,

happy birthday dear "sahabat"

Lynn said...

anak kecik mmg x reti nk menipu....
masing2 dh teruja bocorkan itu surprised..HAPPY BESDAY QAE @ MRS KEA

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

http://malaysianbabywearers.blogspot.com/2010/10/ibw-2010-blog-giveaway-contest.html

masuk contest ne tau
kita ingat ada satu gambar ayile dukung nurryn sambil basuh pinggan

Related Posts with Thumbnails