04 January, 2011

Hari pertama persekolahan - Little Caliphs

Sorry, ini adalah entry tak bergambar. I was so nervous sampai tak terambil gambar semalam masa kat sekolah Muqry & Nuryn. Cuma sempat ambil gambar kat rumah sebelum bertolak ke sekolah.

Saya pernah coretkan dulu betapa susahnya nak buat keputusan sekolah mana yang patut kami hantar. Akhirnya, setelah buat pertimbangan dari segi modul, yuran, jarak dan juga testimoni dari x-student’s parent, kami pilih Tadika Little Caliphs.  Lagipun, DH dapat tukar waktu kerjanya.  Jadi, anak-anak boleh teruskan day care sampai 5.30 petang.

Kalau ikut jadualnya, anak-anak perlu dibangunkan pukul 6.30 pagi sebab by 7 pagi, dah kena keluar rumah untuk hantar diaorang. Jarak dari sekolah ke rumah lebih kurang 20 minit. Lepas tu DH lak nak kejar masa ke office sebelum pukul 8. Tapi, hari pertama, dah terlewat bangun. Bukan anak-anaknya, maknya yang terlebih tidur. Hehehe.

Nuryn tak ada masalah bangun pagi, mandi pun tak menangis. Cuma Muqry yang menangis sikit bila kena siram air. Tak tahulah ikut siapa, takut dengan air. Padahal bukan sejuk pun air tu

Sampai sekolah, saya yang berdebar lebih-lebih. Bukan apa, teringat drama yang berlaku masa hari pertama hantar Muqry & Nuryn ke Taska Bondamama. Ada adegan tarik kaki di situ. Tapi semalam, Alhamdulillah, bila Teacher nya panggil, terus je Nuryn masuk dan salam teacher tu. Cuma Muqry yang teragak-agak, tarik tangan saya ajak masuk sekali. Tapi akhirnya dia masuk juga ikut Nuryn dan tunggu kat dalam. Saya cuma mengintai dari luar, tak berani nak masuk dalam. Takut anak-anak ni berubah hati pulak dan tak bagi saya balik. Ada few juga budak-budak baru yang menangis, manalah tahu, Muqry & Nuryn pun jadi panik.

Masa diaorang assembly pun, kami tengok dari jauh je. Rasanya Muqry & Nuryn pun tak perasan yang kami belum balik. Kena beratur dan buat senaman ringan sikit. Yang saya nampak, dua beradik tu nak duduk dekat-dekat aje. Tapi akhirnya kena pisahkan juga ikut umur. Nasib baik diaorang ikut je arahan teacher. Walaupun tak ikut sangat bersenam, tapi Muqry ada participate bila teacher tanya soalan. Maknanya, dia dah mula rasa selesa.

Tak lama pun saya tunggu. Bila budak-budak mula masuk kelas pukul 8.30 pagi, kami pun beransur.

Saya ambil package day care sekali sampai pukul 5.30 petang. Yuran pendaftaran dan yuran bulanan yang dibayar tu termasuk buku, alat tulis dan toiletries. Kasut pun tak digalakkan pakai.  Nanti susah budak-budak ni nak keluar masuk playground-kelas.  Jadi, saya pun tak adalah shopping alat tulis, kasut atau beg sekolah baru.  Lagipun beg sekolah baru dibeli bulan 10 lepas masa nak hantar taska.  Semalam cuma bawa 2 pasang persalinan. Oh.. dan tak tinggal, botol susu Nuryn. Huhu.. tak tahulah bila nak wean off bottle nih.

Masa ambil pukul 5.30 petang, budak berdua tu tengah sibuk main playground. Sampai berpeluh-peluh juga padahal dah dimandikan sebelum tu. Bila tanya seronok tak, “seronok… ramai kawan”.

So far, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar semalam. Saya pun tak adalah rasa susah hati nak tinggalkan anak-anak di sekolah.

22 comments:

chilun @ cik pau @ bibimie said...

anak yang gi sekolah, mak pulak berdebar lebih... ehehe... anak bujangku pun dah masuk tabika kemas umur 5 tahun. adik baru 4 tahun nak sekolah jugak tapi cikgu tak terima umur gitu... frust jugak dia... tapi kena pujuk dan upah dulu baru okeh... huhu..

me_czar said...

Ya betul... bibimie.

Maknya ni memang over siap amek cuti 2 hari. Tapi akhirnya kena cancel cuti hari ni. Huhu.

Kami pun rasa awal sangat nak sekolahkan yang adik. Tapi bila fikirkan betapa kelam kabutnya nanti nak hantar dan jemput anak2 kat dua tempat berbeza, sekali kan jelah. Biarlah adik dapat pendedahan awal.

Tak risau sangat pasal pressure sebab bagi budak2 4 tahun, lebih kepada playschool.

Semalam adik siap bagitau, dalam kelas dia ada banyak mainan. Kelas abang tak de.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kita ada cakap rasa awal sangat nak sekolahkan budak 4 tahun kat senior kita. tapi sbb amana yg nak sekolah kan? ikutkan je.. tau apa senior kita cakap."tak awal 4 tahun tue sbb hantar tadika ne try and error.kalau dah setahun masih tak leh membaca so u boleh hantar tadika lain pulak. kalau kita mula dgn umur 4 tahun kita boleh test 3 kali.masa umur 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. bayangkan kalau 6 tahun baru nak hantar?" mana bleh test lagi sbb terus masuk darjah 1. kita pun terpkir2..betul gak..

Scorpio Girl said...

just my opinion, ini pun setelah dah pergi kursus asas asuhan kanak-kanak...actually, lebih awal kita hantar anak2 ke taska, lebih bagus..a) minta dijauhkan tapi, kalau ada yang tak kena dengan anak kita, kita boleh detect awal dan mudah2an dpt dicegah @ diberi rawatan awal. b) khusus untuk anak anak belajar bersosial c) anak2 tak semestinya ke sekolah untuk belajar membaca, mengira etc tapi lebih kepada mempelajari softskill - menjadi org yang tahu berkawan, bagaimana untuk jadi team player dan yang plaing penting - bagaimana untuk lebih bertolak ansur bila berkawan..and yes, your senior is correct, kalau lambat kita hantar, lambatlah proses utk mengenalpasti potensi anak-anak kita di mana sebenarnya...

me_czar said...

Ha... pakar kita dah mencelah ni. Thanks for the info zaza.

Biasalah mak2 ni, risau aje yang lebih. Maklumlah, kita dulu umur 6 tahun baru masuk tadika.. hehe

asma said...

salam, nak tanya pendapat tentang taska bondamama ni ok tak? di bandar seri putra baru buka. saya pertama kali nak hantar anak umur 20bln ke nursery.

me_czar said...

Salam Asma

Kalau kat tempat saya, memang ok. Anak-anak pun dah umur 3 dan 4 tahun jadi tak susah nak diuruskan dan diaorang pun dah pandai nak bercerita kalau ada apa-apa berlaku kat taska tu.

Sebenarnya ok tak ok sesebuah taska tu bergantung kepada pengasuh juga.

Macam saya, rezeki.. pengasuh masa anak-anak saya kat situ ada yang lepasan degree pendidikan. Diaorang kerja mengasuh kat situ sementara tunggu panggilan posting. Jadi, diaorang ni pandailah nak tackle budak-budak ni.

Lepas ni, pengasuh baru tak tahulah macam mana.

Tapi, saya memang jaga hubungan dengan pengasuh dan owner sekali. Kalau ada apa-apa, boleh terus berurusan dengan owner.

Macam kat Bondamama ni, dia ada sediakan aktiviti setiap hari untuk budak-budak. Bila balik, ada je lah colouring sheet atau kraft lain yang anak-anak saya bawa balik. Ada belajar menyanyi dan main playdoh juga (boleh rujuk entry saya sebelum ni pasal Bondamama). Jadi, tak la budak-budak tu makan-tido-tengok tv je sepanjang hari.

5 orang budak akan diasuh seorang pengasuh. Tapi kalau bawah umur 2 tahun mungkin kurang nisbahnya (saya tak pasti).

Saya dulu pun sampai 3 kali bertukar taska. Cuba lah hantar dulu. Tengok sesuai atau tak. Kena tawakkal dan berserah pada Allah. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita dan pengasuh tu pun dilembutkan hatinya tengok anak kita.

sue said...

so mom...what do u think of LC? teacher n enviromnet ok?

me_czar said...

Sue :
So far so good, still too early to evaluate

Hasnan Harun said...

bagus lah tulis di blog mengenai tadika ini. Banyak informasi yang berguna. Cuma saya terkilan dengan puan blogger dan pemberi komen iaitu penggunaan bahasa yang bercampur aduk. Gunalah bahasa Melayu yang betul. Atau kalau nak berbahasa inggeris sekali pun, gunalah sepenuhnya dalam bahasa inggeris.

me_czar said...

En. Hasnan Harun,

Terima kasih atas teguran membina tu ya.

Akan cuba diperbaiki.

ibu_BatRiSya @wardah said...

Slm...
Sy pon berminat nak anta anak ke sini... So bleh share brape yuran bulanan kalu masuk skali daycare... 300++?

me_czar said...

Pn. Wardah, kat tempat saya ni untuk tahun 2013, yuran tadika + daycare : RM350

yanie said...

salam.. nak tnya total yuran untuk one year 2013 berapa ye?

me_czar said...

Wslm.

Pn Yanie, yuran berbeza ikut tempat ya.
Kalau di tempat saya, pendaftaran RM950. Yuran bulanan RM350 (sekali daycare. Kalau tadika sahaja RM210).

Jadi total untuk setahun, RM5000++ jugalah. Tapi bukanlah bayar sekali semua tu.

mommyosh said...

slm..sy nk tye, ade sesapa tak yg penah anta anak di CL ipoh ni..ok tak..sy pon tgh pening sevei tadika ni..nak2 anak sy lambat bertutur..CL ni ok tak kalu anak sy yg lambat bertutur ni ke sini..sy tgh usaha cr tadika yg boleh bentuk pertuturan anak sy ni..pening dibuatnya

Putri Aliya Aleesya said...

Assalamualaikum..

Sis tau tak yuran LC tahun 2014 brape RM?
Cadang nak hntr anak tahun 2014..hihi tq

Norazliza Mohamed said...

salam saya nak tanya little calliph ni boley ke start hantar anak umur 2thn++?

me_czar said...

Puan Norazliza,

Rasanya bermula dari umur 3 tahun..

Norazlinaliza Salim said...

Salam, saya terpanggil utk baca blog ni SBB sedang mencari maklumat pasal LC, menarik..boleh saya tahu Puan hantar ur children di LC mana, saya sedang mencari LC di area bangi...thanks

Norazlinaliza Salim said...

Salam, saya terpanggil utk baca blog ni SBB sedang mencari maklumat pasal LC, menarik..boleh saya tahu Puan hantar ur children di LC mana, saya sedang mencari LC di area bangi...thanks

me_czar said...

Salam Puan Norazlinaliza,

Puan baca blog saya? Maaf, kalau lama tak dikemaskini.

Saya hantar di LC Sri Serdang dulu. Tahun 2011 hingga 2013.

Insya Allah tahun depan, nak hantar adik Muqry & Nuryn pula :)

Related Posts with Thumbnails