07 January, 2011

Online shopping – kenapa, best sangat ke?

Saya mula terjebak dengan online shopping ni sejak tahun 2008. Pembelian pertama saya masa tu ialah cloth diaper Freshbots. Itupun sebab cloth diaper tak ada jual kat physical store masa tu.

Selepas kejayaan pertama membeli belah secara online, saya mula bergiat cergas. Tapi saya ada alasan kukuh kenapa saya mesti shopping online tau. Antara barang yang saya pernah beli secara online:

a) Cloth diaper

Terpaksalah.... Masa tu mana ada Coolababy ke, Lunantots ke yang boleh dibeli kat kedai

b) Menstrual cloth pad

source : www.mamapatch.com

Bila anak dah jimat dengan pakai lampin kain, maknye pun kena berjimatlah pakai pad kain. Huhu

c) Handmade soap

Konon-konon organic la sangat, nak menghijaukan bumi… tak mau dah pakai sabun yang penuh bahan kimia. Kehkehkeh.. takdenya, pakai sebulan dua bolehla.. tak mampu deh

d) Buku
Ni sebab susah nak pergi kedai bukunya kat Subang, jadi beli online aje.. senang…

e) T-shirt muslimah
source : www.sumayyadesign.com

Same reason macam (d)

f) Tudung awning
Masa tu rasa macam susah nak cari tudung awning yang tutup dada sepenuhnya (XL). Jumpa kat kedai semuanya pendek-pendek. Sekali tu, kat Jalan TAR walaupun tak banyak kedai yang jual, tapi boleh dapat separuh harga dari yang dibeli online.  Sekarang ni je dah murah

g) Pakaian anak-anak



Cuma pernah beli training pants, legging, leg warmers. Alasannya, tak pernah jumpa bila pergi shopping dan beli masa sales.. murah dari biasa

h) Baju kurung moden


Ni antara pembelian yang berbaloi dan best. Saya dah tengok baju kurung moden ni dari harga dia RM90.00. Lepas tu, turun harga jadi RM60.00. Tapi, saya tahan je tak beli sebab saiz yang dia jual tu adalah saiz saya semasa belum beranak dulu (sekarang dah naik 1 saiz). Sure tak muat punya. Sekali… turun lagi jadi RM42.00. Saya rasa rugi pulak tak beli. So, saya pakat-pakat ngan ibu saya. Kalau saya tak muat, saya jual kat dia. Kalau muat, saya amekla. Bila dapat je parcel tu kat office, sanggup tu pergi cuba baju tu kat surau. Sungguh tak di sangka.. I muat youuuuuu

i) Fabrics, Fat Quarters

Murah… boleh beli macam-macam fabrics yang lawa-lawa dan designer fabrics juga dengan harga yang mampu dibeli. Merasalah nak pegang designer fabrics bila beli FQ nih. Er… macam tak kukuh sangat alasan. Tapi percayalah, kain-kain ni akan saya gunakan sepenuhnya bila saya all out menjahit nanti but please don’t ask when. Huhu

j) Sewing notions
Mainly magnetic button, ni pun beli online sebab tak tahu kedai mana nak cari

Rasanya ni je lah barang yang pernah saya beli secara online. Ada yang beli sekali je, ada beli berkali-kali… Huhu.

Kalau tanya saya best ke tak, best la jugak. Sebabnya, tak payah susah-susah nak keluar pergi shopping complex, pening nak cari parking. Dan lagi tension kalau nak kena pergi kedai tu semata-mata sebab nak beli 1 barang. Lagi satu, boleh buat price comparison di hujung jari dan boleh buat berbulan-bulan consideration (macam kes baju kurung moden tu, provided barang tu belum ada orang yang belilah).

Tapi, memang ada risikonya beli online ni. Tak semuanya indah belaka. Nanti saya ceritakan… tunggu…

p/s : Gambar adalah hiasan semata-mata.  Tapi, saya memang pernah beli barang di kedai-kedai yang saya link di atas kecuali butiknep.com (tapi baju-baju dia cantiklah!)

3 comments:

Scorpio Girl said...

dah lama jugaklah berkecimpung dlm arena beli online ni?aku tak penah lagi beli barangan yang lain except books itupun dari eBay je..dunno, paranoid kot?byk jugak dgr cerita yang tak besh pasal beli online..so ada sket was-was...ha ha ha!

me_czar said...

Pejam celik dekat 3 tahun la. Mulanya dengan CD, lepas tu terus confident je nak shop online.

Tapi, aku pilih e-shop jugak. Mana yang ramai customer & ada good review.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

banyak gila beli online..hehe.. handbeg, baju Amana, mainan Arief,mainan Amana, apa lagi yeeeeeee...

Yang paling best handbeg sbb memang seperti yang diharapkan hehe..

Related Posts with Thumbnails