11 January, 2011

Risiko membeli belah online

Saya dah janji hari tu nak senaraikan risiko atau keburukan online shopping ni.  Jadi, berdasarkan pengalaman sendiri, inilah dia:

1) Saiz pakaian yang dibeli tak bersesuaian dengan kita.  Kualiti fabric pun mungkin tak sebaik yang disangka. 

Pernah berlaku 2 kali pada saya bila baju yang dibeli tak sesuai saiz nya. Kali pertama memang salah saya sebab beli baju terbesar. Jadi kena keluar duit untuk 2 keping sampul pos ekspress untuk pulangkan baju dan pertukaran.

Kali kedua, kilang yang salah. Saya beli saiz yang betul, tapi kilang silap letak label pada baju. Penjual kata saya boleh tukar dan dia akan refund kos sampul pos ekspress yang saya keluarkan untuk pulangkan baju tu.

2) Susah nak tukar barang kalau ada yang tak kena. 

Macam sebab kat atas lah. Kalau memang penjual yang salah, okla tak de apa-apa kos terlibat. Tapi masih kena buat kerja remeh pergi pejabat pos tu.

3) Tengok kat gambar, bukan main lawa. Warna pun menarik.. kalau orang, photogenic la kiranya. Tapi bila dah dapat kat tangan, oh.. jauh panggang dari api.

Perasaan yang saya alami masa pertama kali dapat cloth diaper kat tangan.  Tapi memang kena expect benda-benda camni berlaku.  Sape suruh gatal beli online, tak dapat nak tengok barang depan mata dan pegang sebelum beli.  Huhu.

4) Kos penghantaran yang melampau. Penjual ambil untung kat sini juga.

Setakat ni tak pernah lagi saya kena charge yang tinggi. Setakat lebih RM1.00, RM0.50 dari kos sebenar tu boleh diterima lagilah.

5) Barang hilang atau rosak semasa penghantaran.

Barang hilang tak pernah, tapi barang rosak baru je berlaku kat saya beberapa hari lepas. Keciwa…. Saya beli fabric ink pad sebab nak buat tag nama kat baju anak-anak.

Penutupnya pecah dan dakwat pun bersememeh merata

Saya dah email pada penjual. Saya open pada dia macam mana nak selesaikan masalah ni. Sebab dia tak ada mentioned kat T&C yang dia tak akan bertanggungjawab pada barang yang rosak semasa dalam penghantaran.

Dia reply kat saya, disebabkan cover dah pecah, silalah letak ink pad ni dalam bekas kedap udara supaya dakwatnya tak kering. Heh, ingatkan boleh dapat satu lagi dengan separuh harga, at least.

Pendapat saya, dia patut gunakan cara pembungkusan dan penghantaran lain. Sampul pos ekspress tu tak sesuailah, sebab even though dia dah bungkus dengan selapis bubble wrap, direct je tekanan kat barang dalam tu. Pulak tu cover ink pad tu plastik je.

Huhu.. malas nak panjang cerita sebab saya dah kutip pun pecahan-pecahan cover tu dan tampal dengan cellophane tape. Janji boleh tutup.

p/s : Sambil mengarang untuk entry ni, baru teringat beberapa lagi barang yang saya pernah beli secara online ni. Tapi, abaikan je la… Dah cukup panjang list dalam entry sebelum ni. Malah, saya pernah juga beli pdf sewing pattern dari luar negara gunakan Paypal. Ngee.. tapi prinsip saya, cuma beli barang masa SALE.  Jangan lupa tu.....

3 comments:

Zety Zin said...

pernah dapat quotation kos penghantaran sampai RM15 untuk satu barang. melampau mahal! terus kensel beli barang tu. VCD kalau tak silap.

lia said...

penah beli kain cotton utk baju kurung... ada lubang tp penjual x nak ganti... adei, sedey sungguh rasa... x berani da nak beli online pas2...

me_czar said...

ZZ :
Erk.. memang mahal tu kalau RM15. Saya pernah beli barang dari Sabah, RM10 je dia charge

Lia :
Itulah, nasib tak baik, terkena macam tu.

Saya pernah dapat leg warmer yang dah berlubang. Seller tu pos je yang baru. Yang berlubang tu pun dia tak mintak pulangkan.

Memanglah kalau pulangkan pun bukan dia boleh jual balik. Tapi, dia percaya lah kat customer's complaint.

Related Posts with Thumbnails