14 January, 2011

Takutnya hanya Allah yang tahu

Baru sekejap tadi Teacher Muqry & Nuryn call saya dari sekolah. Bila dengar je teacher tu cakap satu persatu, sebut nama Muqry, Nuryn… sebut simpang, sebut jalan….

Ya Allah… saya dah seram, meremang dah bulu roma, sejuk kaki tangan, menggeletar lulut. Apa yang teacher tu cakap dah tak masuk dah dalam kepala. Takut saya nak dengar apa yang teacher tu nak sampaikan. Anak saya ditimpa apa-apa kah?

Rupa-rupanya teacher tu nak beritahu abah Muqry tercicir handphone kat sana. Leganya saya dengar. Serius sangat lega.

Cukuplah dulu saya terima panggilan dari nursery beritahu Nuryn jatuh buai masa 5 bulan.  Tak mahu dengar berita yang boleh gugurkan jantung macam tu lagi.

1 comment:

Scorpio Girl said...

itu yang teacher dia telefon..yang aku ni, teacher tak telepon telepon..last2 bila nak amek bawak balik...hah ko, bertelur biru kat tengah tengah dahi...apa cer?

alhamdulillah anak-anak okay, cuma hp abahnya je yang tak ek?

Related Posts with Thumbnails