17 February, 2011

The Little Caliphs Program: Techniques of Teaching Reading

Masih berkisar tentang Little Caliphs...

Ahad lalu, saya bersama Dear Hubby menghadiri kursus Techniques of Teaching Reading anjuran The Little Caliphs Program  di Institut Pertanian Serdang.  Khas untuk ibu bapa yang hantar anak ke sekolah TLCP Bangi, Bukit Jalil, Seri Serdang dan beberapa lagi.  *Sebagai blogger suam-suam kuku, saya lupa pulak nak bawa kamera hari tu.. Huhu..*

Kursus disampaikan oleh Puan Hajjah Sabariah Faridah, founder of The Little Caliphs Program.  Kami diajar bagaimana untuk mengajar anak cepat membaca menggunakan kaedah phonic seperti yang diguna pakai di seluruh tadika TLCP.  Bak kata Puan Hajjah, mazhab kami guru-guru mengajar di sekolah, kena sama dengan mazhab parent mengajar di rumah.  Kalau tidak, anak-anak jadi keliru. 
Buku yang digunakan untuk mengajar membaca dengan kaedah phonic.
Pic source
Masa 2 jam yang diperuntukkan terasa begitu singkat. Banyak ilmu bermanfaat yang kami dapat.  Selama ni saya mengajar anak mengenal nama huruf, tapi yang sepatutnya diajar adalah bunyi huruf. Contohnya, b dibaca beh.  Nampaknya lepas ni saya pun kena konsisten buat ulang kaji di rumah dengan anak-anak.  Juga perlu sambung semula sesi 'bed time stories' yang dah tergendala. 

Bayaran kursus cuma RM50/parent yang dibayar semasa pendaftaran hari tu.  Tapi banyak juga alat bantu mengajar kami dapat semasa kursus.  Dek kerana semangat yang membara, hari yang sama saya mulakan ulangkaji buku Bacalah Anakku 1.  Alhamdulillah..... Muqry boleh dikira lancar membaca dari kulit-ke-kulit.  Cuma Nuryn yang masih sangkut-sangkut.  Tapi Nuryn belum pun 3 tahun setengah.. tak ada apa yang perlu dirisaukan.. ;).

Poster, Nota Kursus, Pre-Reading Book, Flash Cards

Sebahagian nota penting kursus.  Klik gambar untuk besarkan
Saya harap anak-anak saya akan suka membaca sebab dari awal lagi saya dah mula membaca untuk mereka.  Kadang-kadang bila saya curi-curi dengar apa yang 2 beradik tu buat, diaorang pretend baca buku.  Kadang-kadang keluar bahasa melayu, kadang-kadang keluar bahasa Inggeris.  Tapi setakat vocab yang diaorang tahu je la.  Hehe..

Semoga semangat saya ni pun konsisten.  Tak kan saya nak harap pada teacher di sekolah aje, kena sama-sama berusaha.  Tapi, saya takkan sesekali letakkan tekanan pada anak-anak ni, biarlah diaorang belajar dalam keadaan santai.  Dan ingatan untuk diri sendiri juga, jangan sesekali bandingkan pencapaian anak-anak dengan anak orang lain. 

4 comments:

lia said...

wahhhh bagusnya sekolah TLCP nih.... rasa nak godek2 info pasal TLCP nih...

me_czar said...

lia... setakat ni, memang ok sesangat. lagipun yuran bulanan tak la mahal sangat. Tadika + day care, baru RM300.

Banyak dah branch diaorg.

Halen said...

wahh bertuah uols semua kan ada tmpt yg bagus untuk anak2 spt TLCP. dapat plk peluang belajar nk mengajar anak2 mmg best sgt. hopefully semangat u akan terus berkobar lps ni hehe..

me_czar said...

Alhamdulillah... kindy tu pun sebenarnya agak jauh juga dari rumah. Tapi itu je pilihan terbaik yang ada. Setakat ni, memang usahakan buat reading dengan anak2 every day. Tapi ada gak hari yang ngelat. Hehe.. Btw, halen dok mana?

Related Posts with Thumbnails