16 February, 2011

Progress @ Little Caliphs

Pulang dari sekolah awal bulan lalu... Nuryn excited beritahu saya yang teacher nya hadiahkan beg.  Menurut cerita Nuryn, dia dan 2 lagi kawannya dapat sticker paling banyak, sebab itu teacher hadiahkan beg tu.


Apa yang saya faham dari sesi berbual ngan Nuryn, siapa yang rajin buat kerja di kelas dan hantar pada teacher, akan dapat sticker.  Setiap orang ada tempat masing-masing untuk ditampalkan sticker tu pada satu sudut dalam kelas.  Ni inisiatif guru (beri hadiah) untuk encourage anak-anak ni buat kerja sebab kata Nuryn, ada jugak yang langsung tak mahu buat apa-apa pun, "teacher panggil suruh colour (colouring) pun dia tak nak buat bu".

Pembelajaran di LC adalah mengikut tema, jadi setakat bulan January, dah di ajar 2 tema.  4 buah buku ni adalah kompilasi latihan-latihan yang Muqry dan Nuryn buat kat sekolah.  Ada dicatatkan di situ, pencapaian buku Bacalah Anakku, Qiraati dan Hafazan Surah.  Setakat hari ni dari ceritanya, Muqry sedang baca buku 2 Bacalah Anakku.  Nuryn masih di buku 1.


Muqry pun dah beberapa kali mengimami solat.  Ibu mana yang tak bangga bila anaknya sendiri volunteer nak jadi imam.  Bukanlah solat dalam erti kata sebenar.. cuma praktikal solat dan bacaan pun masih tak betul lagi.  Tapi.. mahunya tu yang buat saya terharu.

Bersyukur rasanya dipertemukan dengan sekolah ini.  Mudah-mudahan anak-anak ini mendapat pendidikan terbaik di sana.  

2 comments:

hah said...

hari tu syahmi cerita...hah xpaham apa yg syahmi ceritakan. Mamanya pun buat2 paham dgn muka yg beria2 mendgr. Rupanya inilah yg syahmi ceritakan...'Nuryn dapat barbies'. :).

Aritu ada tak amik video masa LC course uth ibubapa? Tak p..husband je p coz nak jaga bebudak tu. Rugi x suruh dia amik video.

me_czar said...

Hehe.. cerita dah basi baru nak post kat blog.

Ada amek sikit masa Pn. Hajjah suruh teachers demo camne nak gayakan bunyi huruf2 tu. Tapi amek guna hp dan dari jauh, kualiti out.

Hubby Teacher Waffa ada buat recording tau, maybe kita boleh tanya dia kalau boleh dapatkan copy.

Related Posts with Thumbnails