10 February, 2011

Sewing 2011/2

Projek terkini... reversible tunic top dari Dear my kids easy wear.


Pandangan satu


Pandangan dua



Yang kain atas tu, saya pilih.  Kain bawah, Nuryn yang pilih sendiri.  Dah lupa cotton jenis apa *sebab dah lama beli, tersimpan tak jahit-jahit*.

Pattern asalnya ada poket kat depan, tapi saya tak buat pun.  Sebab macam susah je nak buat.  Lagipun tahap kesabaran saya dah semakin menipis gara-gara nak buat pleats dan nak cantumkan lengan baju.  Buat sepasang baju ni sama je macam buat 2 pasang sebenarnya.  Sebab ada 2 helai tunic yang perlu dijahit sebelum dicantumkan untuk jadi reversible.

Masa jahit tunic yang pertama, internet connection down pulak, jadi tak dapat nak google cara-cara nak cantumkan lengan.  Main belasah aje.. memang ambil masa dan tak berapa kemas hasilnya.  Mujur masa jahit tunic yang kedua tu, internet dah ok so, jumpa tutorial macam mana nak cantum lengan kat sewmamasew.com.  Alhamdulillah... hasilnya jauh lebih baik dari yang pertama.  Pleats pun dah bertambah kemas walaupun masih tak simetri.  Huhu.

Nuryn dah cuba pakai cuma tak dapat nak ambil gambar dia beraksi lagi.


3 comments:

Sabihah said...

wahh...rajinnye...

kite ada tag awk untuk contest...^_^

hah said...

bagusnya mama nuryn ni....pandai jahit...

me_czar said...

Sabihah :

Ikut mood juga.. datang angin kus-kus, terperuk ajelah kain-kain tu tak berjahit.

Hah :

Tak pandai mana pun.. tapi minat. Itu sebab siap ada pattern dan step-by-step camne nak jahit, bolehlah siap.

Related Posts with Thumbnails