08 March, 2011

2 jam...

... masa yang diambil untuk saya sampai rumah semalam.  Biasanya dalam sejam dah boleh sampai rumah.

Bayangkan dari Ampang Park sampai ke Tabung Haji Jalan Tun Razak tu pun ambil masa sejam.  Dahla radio dalam kereta rosak, jadi tak tahu apa sebabnya jalan sesak sampai begitu sekali.  Entah berapa lama agaknya kereta saya berhenti kat tengah-tengah petak kuning di persimpangan Jalan Ampang- Jalan Tun Razak tu.  Polis trafik pun dah tak tahu nak jaga lalu lintas macam mana lagi.  Kereta bersimpang-siur. 

Baca dalam Metro hari ni barulah tahu sebabnya.


Memang lebat hujan kat KL petang semalam, dan kebanyakan pokok dan kawasan terlibat tu pokok tua, dah tak mampu nak bertahan.  Alhamdulillah, tak ada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.  

No comments:

Related Posts with Thumbnails